Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pelajar Tahfiz Cemerlang biasiswa
Gambar: Bernama

Pelajar Tahfiz Cemerlang Diberi Biasiswa Lanjut Pelajaran Di UniKL, UPTM – Ahmad Zahid

Iqbal Yasir

Pelajar Tahfiz Cemerlang Diberi Biasiswa Lanjut Pelajaran Di UniKL, UPTM – Ahmad Zahid

MELAKA, 17 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa pelajar tahfiz cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menerima tajaan biasiswa jika melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech MARA (UPTM).

Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

“Biasiswa 100 peratus ini memang diamalkan oleh Institut Pendidikan MARA (IPMA) kepada pelajar-pelajar cemerlang dan untuk (pengambilan) pelajar UniKL dan UPTM, kita akan beri keutamaan kepada pelajar maahad tahfiz pada tahun ini.

“Selain mereka menjadi huffaz atau penghafal al-Quran, mereka juga akan menjadi ahli profesional (selepas tamat belajar),” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab 2025, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka merangkap Ahli Majlis, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Prof Datuk Dr Mizan Hitam.

Sebanyak 82 pelajar menyelesaikan hafazan 30 juzuk al-Quran sepanjang 2024 manakala 46 pelajar mendapat sijil penghargaan SPM 2024 pada majlis berkenaan.

Mengulas mengenai sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 11 hingga 13 Jun ini, Ahmad Zahid berkata ia akan membawa kelainan dengan beberapa elemen baharu.

Beliau berkata elemen-elemen berkenaan antaranya termasuklah kenderaan elektrik (EV), teknologi maklumat (IT) dan e-Sukan.

“Kita akan membuka seluas-luasnya kepada bakal peserta atau pelajar yang memasuki TVET ini untuk melihat pameran, peluang-peluang yang akan mereka peroleh apabila berdaftar di institusi TVET di seluruh negara ini.

“Selain itu, mereka juga dapat meneliti peluang pekerjaan dan juga tangga gaji yang akan dinikmati apabila keluar daripada institusi TVET ini,” katanya.

Sumber: Bernama