Siakap Keli
Peniaga Wanita Cedera Disimbah Asid
Sumber: BERNAMA

Peniaga Wanita Cedera Disimbah Asid Di Bachok

Peniaga Wanita Cedera Disimbah Asid Di Bachok

KOTA BHARU, 18 Mei (Bernama) — Seorang peniaga wanita berusia 27 tahun cedera selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang dekat Bachok semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuka pintu premis miliknya untuk memberikan perkhidmatan urutan mengikut satu temu janji.

Beliau berkata ketika itulah suspek secara tiba-tiba menyimbah cecair dipercayai asid ke arah mangsa sebelum bertindak melarikan diri.

“Pemeriksaan forensik di lokasi kejadian menemui empat kesan cap jari serta bekas yang dipercayai digunakan oleh suspek.

“Mangsa kini menerima rawatan susulan kecederaan yang dialami dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Ismail berkata siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Balai Polis Tawang atau Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok.

BACA: 76 Peratus Rakyat Terengganu Lebih Berat Badan

BACA: RM13.3 Bilion Wang Tak Dituntut Direkod Setakat April – Akauntan Negara

BACA: Nahas FRU: Masih Tiada Pihak Bayar Jaminan, Pemandu Lori Kekal Di Lokap – Polis

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.