Siakap Keli
sukatan mentega & gula
Kredit: ImageFX

Panduan Untuk Buat Kuih, Ini Sukatan Mentega & Gula Perlu Anda Tahu

Panduan Untuk Buat Kuih, Ini Sukatan Mentega & Gula Perlu Anda Tahu

Dalam dunia pembuatan kuih, bukan bakat sahaja yang menentukan kejayaan tetapi juga ketepatan sukatan. Ramai yang beranggapan ‘agak-agak’ sudah memadai, namun bagi sesetengah resipi, terutama kuih tradisional dan pastri moden, sukatan yang sedikit tersasar boleh mengubah rasa dan tekstur sepenuhnya. Di sinilah pentingnya memahami sukatan bahan asas seperti mentega dan gula.

Ramai suri rumah dan penggemar pastri menggunakan cawan atau sudu dalam penyediaan bahan. Walaupun lebih mudah, sukatan ini perlukan ketelitian agar hasilnya tetap konsisten. Jika anda ingin hasilkan kuih yang gebu, cukup rasa dan tidak terlalu manis atau lembik, anda perlu fahami dahulu ukuran sebenar bagi setiap sukatan yang biasa digunakan.

Kali ini, SK ingin kongsikan dengan anda panduan yang disediakan oleh pengguna Facebook, Dania Yusdi. Berikut merupakan panduan sukatan mentega dan gula yang dikongsi wanita berkenaan menerusi kumpulan Resepi Khairul Aming.

Untuk mentega, satu sudu besar bersamaan 15 gram, manakala satu sudu kecil pula 10 gram. Sukatan sesuku cawan mengandungi 80 gram, setengah cawan 125 gram, tiga suku cawan 190 gram, satu cawan 250 gram, dan dua cawan ialah 500 gram.

Mengetahui sukatan ini penting, terutamanya apabila mentega dijadikan bahan utama seperti dalam kuih tart, kek mentega atau biskut raya.

Bagi gula pula, ukuran gramnya sama dengan mentega mengikut sukatan sudu dan cawan. Satu sudu besar gula bersamaan 15 gram, satu sudu kecil 10 gram. Seterusnya, suku cawan ialah 80 gram, setengah cawan 125 gram, tiga suku cawan 190 gram, satu cawan 250 gram, dan dua cawan 500 gram. Sukatan ini memudahkan anda mengawal tahap kemanisan kuih, terutama bagi resipi karamel atau kek lapis.

Kesimpulannya, membuat kuih bukan sekadar mencampur bahan, tetapi satu seni yang menuntut ketepatan. Dengan memahami sukatan mentega dan gula, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan bahan, malah menjadikan setiap hasil tangan anda lebih konsisten dan menepati selera. Bila sukatan tepat, kuih pun jadi.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dania Yusdi

BACA: Tip Masak Kuah Laksam Pekat Berlemak, Makan Pasti Menambah

BACA: Rupanya Ini Tip Mudah Rebus Nasi Himpit, Jimat Masa

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.