Watak Ikonik Asia, B.Duck, Melangkah Ke Pavilion Bukit Jalil Sempena Pelancaran Taman Tema Pertama Di Asia Tenggara!
KUALA LUMPUR, 14 MEI 2025 – Jom jelajah duck-venture paling menarik! Watak ikonik berwarna kuning yang telah mencipta nama di Asia sejak dua dekad yang lalu kini membuat kemunculan sulungnya di Malaysia. B.Duck, si comel yang mula mencuri hati para peminat sejak 2005 kini menandakan kehadirannya di destinasi membeli-belah dan hiburan terbesar Malaysia dengan pembukaan taman tema B.Duck City Funs yang pertama di Asia Tenggara oleh One Universe!
Tarikan eksklusif untuk tempoh terhad ini akan menghidupkan dan mengubah kawasan terbuka PIAZZA di Pavilion Bukit Jalil menjadi sebuah metropolis bertemakan itik yang penuh dengan imaginasi, permainan, dan pengembaraan berwarna-warni—sesuai untuk pengunjung dari semua peringkat umur, mulai sekarang hingga 2 November 2025.
B.Duck City Funs menandakan kehadiran terbesar jenama di Malaysia setakat ini dengan membawakan watak comel ini ke alam nyata melalui pelbagai tarikan yang menyeronokkan. Taman tema ini menggabungkan hiburan dengan pengalaman interaktif, termasuk permainan menarik, pameran gambar, booth permainan, dan cenderamata eksklusif.
“Di Pavilion Bukit Jalil, kami sentiasa berusaha mencipta pengalaman yang menggembirakan dan menyatukan orang ramai. B.Duck City Funs merupakan sambutan penuh warna dan imaginasi, ruang untuk keluarga dan peminat B.Duck berkumpul, mencipta kenangan dan berseronok bersama. Kami berbesar hati untuk peluang menghidupkan watak yang begitu disayangi ini dengan cara yang unik dan istimewa,” kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif (Runcit), Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.
“Kami berbangga dapat membawa taman tema B.Duck City Funs yang pertama di Asia Tenggara ke Pavilion Bukit Jalil. Kami merancang untuk berkembang ke sekurang-kurangnya dua lagi lokasi di Malaysia iaitu di Pulau Pinang dan Johor Bahru. Selain itu, kami juga bersedia untuk bekerjasama melalui model francais di negeri-negeri lain supaya keseronokan B.Duck City Funs dapat dikongsi ke seluruh negara,” kata Alvin Lee, Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn. Bhd dan One Universe World Sdn. Bhd.
Pengunjung ke B.Duck City Funs boleh menikmati pelbagai tarikan menarik termasuk Bathroom Battle, pengalaman unik di dalam tab mandi ikonik B.Duck yang bergerak, Treasure Pirate Ship, kapal lanun yang membawa anda merentas pengembaraan penuh aksi, Windmill Trampoline, kawasan trampolin meriah di mana anda boleh melompat bersama watak-watak B.Duck, dan pelbagai lagi aktiviti yang pasti menggembirakan hati pengunjung.
Untuk melancarkan lagi pengalaman pengembaraan anda, B.Duck City Funs telah bekerjasama dengan Klook, platform terkemuka untuk perkhidmatan pengalaman dan pelancongan di Asia. “Kami teruja dengan kehadiran taman tema B.Duck City Funs di Malaysia, dan kami tidak sabar untuk menyaksikan saat-saat gembira penuh imaginasi dan bermakna bersama seisi keluarga. Dengan Klook, pengunjung boleh menempah tiket lebih awal dengan mudah, nikmati diskaun hingga 10%, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter tiket, sekali gus memudahkan lagi proses untuk berseronok bersama keluarga,” kata Sarah Wan, Pengurus Besar Klook, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Taman tema ini turut menampilkan elemen visual yang menakjubkan untuk mencipta kenangan yang tak akan dilupakan. Pengunjung pasti terpegun dengan gerbang cahaya B.Duck yang menjadi tarikan utama taman teman ini, bersama patung-patung B.Duck dalam pelbagai kostum. Zon bertema yang insta-worthy seperti Around The World dan Romantic Paris menawarkan latar belakang berwarna-warni untuk gambar kenangan. Pada hujung minggu terpilih, pengunjung boleh menantikan sesi bertemu-mesra bersama B.Duck, manakala patung mini B.Duck yang tersembunyi di seluruh pusat membeli-belah mencetuskan peluang untuk memburu itik, aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Peminat juga pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk singgah di zon cenderamata eksklusif yang menawarkan pelbagai koleksi istimewa seperti patung B.Duck, pakaian dan aksesori bertema, hadiah menarik serta pakej cenderahati khas yang hanya boleh didapati di taman tema ini—tiada di tempat lain di Malaysia. Apabila tiba masanya untuk meningkatkan tenaga, pengunjung boleh melawat kawasan gerai makanan yang menyediakan pelbagai sajian antarabangsa secara bergilir, termasuk Korea, Thailand, dan Jepun, serta hidangan masakan tempatan. Tapak persinggahan yang sempurna selepas berseronok sepanjang hari!
Tiket untuk B.Duck City Funs bermula pada harga serendah RM15 untuk setiap permainan (ride), dengan pakej bernilai hebat seperti Family Day Pass, sesuai untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak, berharga hanya RM150 untuk menikmati keseronokan tanpa had sepanjang hari di pelbagai tarikan! Taman tema ini dibuka dari 11:00 pagi hingga 10:00 malam, Jumaat hingga Ahad, dan dari 2:00 petang hingga 10:00 malam pada Isnin, Rabu, dan Khamis. Taman tema tutup setiap hari Selasa (kecuali pada Cuti Umum) bagi tujuan penyelenggaraan dan kerja baik pulih.
Rancang duck-venture anda hari ini di www.pavilion-bukitjalil.com, atau ikuti kami di Instagram (www.instagram.com/pavilionbukitjalil) dan Facebook (www.facebook.com/PavilionBukitJalil.Mall/) untuk kemas kini harian yang penuh keseronokan! Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi di Pavilion Bukit Jalil, ikuti perkembangan terkini di media sosial atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8092 8833.