Siakap Keli
Mas Idayu & Farez Adnan - Air Titik Ke Batu
Gambar Hiasan

Mas Idayu & Farez Adnan – Air Titik Ke Batu

Mas Idayu & Farez Adnan – Air Titik Ke Batu

Masidayu Binti Mesnun, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Mas Idayu, mula mencipta nama sejak era 90-an, terkenal sebagai ikon dangdut Malaysia dengan deretan lagu popular seperti “Cintaku 100%” dan “Senggol Senggolan“. Beliau bukan sahaja dikenali kerana vokalnya yang lantang dan bertenaga, tetapi juga sebagai seorang juri profesional dan figura penting dalam memperjuangkan muzik dangdut. Manakala Farez Adnan pula merupakan nama baharu dalam industri, namun telah mula mencuri perhatian dengan bakat vokal yang unik serta kebolehannya membawakan genre pelbagai termasuk pop dan etnik. Anak muda ini dilihat sebagai pelapis berbakat yang mampu mengangkat muzik dangdut. 

Ratu dangdut negara, Mas Idayu, kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan kolaborasi istimewa bersama bakat baharu berbisa, Farez Adnan. Mas Idayu yang sebelum ini merupakan juri di dalam rancangan D’Academy Asia dan manakala Farez Adnan merupakan peserta bagi rancangan tersebut. Dari situ, bermulanya persahabatan mereka bersama perancangan single terbaru yang berjudul Air Titik Ke Batu. Hasil karya yang dicipta oleh Farez Adnan sendiri dengan bimbingan dari Cikgu Kaber, single Air Titik Ke Batu bukan sekadar gabungan suara dua era, tetapi juga penyampaian emosi yang mendalam tentang kisah cinta yang mematahkan hati. Air Titik Ke Batu mengisahkan harapan yang musnah, cinta yang dikhianati, dan juga janji-janji yang dimungkiri. 

Single Air Titik Ke Batu kini boleh didengarkan di semua pelantar digital muzik termasuk Muzik Video di YouTube MVM Music. Diharap karya dari Mas Idayu & Farez Adnan ini akan mendapat sokongan semua pihak media & radio tempatan. Segala info terkini boleh diketahui melalui laman Instagram @masidayu1001 @farezadnan @mvm_production untuk mengetahui perkembangan lanjut bagi single ini.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.