Siakap Keli
MYDIN dan P&G Berganding Bahu Bersama Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS), Demi Membawa Senyuman Kepada Kanak-Kanak Sakit Terminal
Gambar Hiasan

MYDIN dan P&G Berganding Bahu Bersama Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS), Demi Membawa Senyuman Kepada Kanak-Kanak Sakit Terminal

MYDIN dan P&G Berganding Bahu Bersama Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS), Demi Membawa Senyuman Kepada Kanak-Kanak Sakit Terminal

Subang Jaya, 22 Mei 2025 – MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), dengan kerjasama Procter & Gamble (P&G) Malaysia, telah melancarkan satu kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS), bertujuan menyemai harapan dan kegembiraan buat kanak-kanak yang menghidap penyakit terminal di seluruh negara.

Kempen bertemakan “Kami Bawa Senyuman – Jom Tunaikan Impian Kanak-Kanak” ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjadikan pembelian harian sebagai satu bentuk sumbangan bermakna. Melalui kempen ini, sebanyak RM0.10 akan disalurkan kepada CWS bagi setiap pembelian minimum RM10 produk P&G di semua cawangan MYDIN.

Nantha Kumaran Kalimuthu, Pengurus Negara P&G Malaysia dan Singapura berkata,

“Sebagai sebuah syarikat yang komited terhadap kesejahteraan komuniti, kami percaya bahawa adalah  menjadi tanggungjawab kami untuk menyokong golongan yang paling memerlukan – terutamanya kanak-kanak yang sedang menghadapi ujian hidup yang berat. Kolaborasi bersama MYDIN dan Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS) membolehkan kami merealisasikan impian kanak-kanak ini serta memberikan mereka memori yang penuh makna dan kegembiraan. Momen seperti inilah yang menjadi inspirasi utama kami di P&G Malaysia untuk terus berbakti kepada masyarakat.”

Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad berkata “Kami percaya bahawa setiap perniagaan mempunyai peranan dalam membangunkan sesebuah komuniti. Melalui kempen ini, MYDIN berpeluang untuk membawa senyuman kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit terminal. Dengan kerjasama P&G dan Children’s Wish Society, kami bangga dapat membantu menjadikan aktiviti membeli-belah harian di MYDIN sebagai satu aktiviti yang bermakna. Dengan sokongan semua pihak, kita mampu merealisasikan impian kanak-kanak tersebut.”

Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS) merupakan organisasi badan beramal berdaftar yang berpusat di Subang Jaya. CWS bekerjasama rapat dengan pasukan perubatan di hospital-hospital kerajaan bagi mengenal pasti kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang menghidap penyakit terminal atau kritikal. Mereka akan diberi peluang untuk berkongsi impian mereka – sama ada dalam bentuk hadiah, pengalaman istimewa, mahupun aktiviti bersama keluarga – dan CWS akan berusaha memenuhi impian tersebut dalam masa yang terdekat.

Mr Teoh Teik Hoong, Presiden Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia berkata “Bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit terminal, satu impian yang tercapai boleh memberikan mereka kekuatan luar biasa. Ia bukan sekadar kegembiraan, malah menjadi sumber motivasi untuk terus melalui ujian hidup ini.Kami amat menghargai sokongan daripada MYDIN dan P&G Malaysia yang membolehkan kami untuk menolong lebih ramai kanak-kanak serta memberi kenangan indah buat mereka dan keluarga.”

Kempen ini menggalakkan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjayakan misi murni ini. Melalui pilihan bijak sewaktu membeli-belah, pengguna bukan sahaja memperoleh produk keperluan, malah turut menyumbang kepada senyuman, harapan dan impian yang menjadi kenyataan.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.