Siakap Keli
tiada bantuan kemanusiaan gaza
Gambar: AFP

Tiada Penduduk Gaza Terima Bantuan Kemanusiaan Minggu Ini

Tiada Penduduk Gaza Terima Bantuan Kemanusiaan Minggu Ini

GENEVA, 22 Mei (Bernama-Anadolu) — Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mendakwa bahawa tiada seorang pun penduduk awam di Gaza menerima bantuan kemanusiaan yang dihantar ke wilayah itu minggu ini, sambil memberi amaran bahawa penghantaran yang sangat terhad boleh mencetuskan kekacauan dan keganasan.

“Saya boleh buktikan bahawa tiada siapa yang menerima bantuan. Tiada penduduk awam menerima apa-apa setakat ini,” kata Younis Al Khatib kepada wartawan dalam sidang media di Geneva pada Khamis.

“Kebanyakan trak bantuan masih berada di Kerem Shalom di sempadan sudah diperiksa, tetapi belum masuk ke Gaza,” katanya seperti dilaporkan oleh Anadolu Ajansi (AA).

Al Khatib menggambarkan keadaan di lapangan sebagai amat kritikal dan berkata bantuan yang sangat minimum hanya memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

“Saya fikir ini seperti satu jemputan kepada kematian. Mereka sedang kelaparan,” katanya, sambil menambah bahawa kekurangan makanan yang teruk sudah pun meragut nyawa.

Beliau memetik laporan yang menunjukkan bahawa 90 peratus kanak-kanak di Gaza berada di ambang kebuluran.

“Hari ini, kita dengar laporan mengenai kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kelaparan. Sukar untuk mengelakkan keadaan menjadi huru-hara dan kejadian rampasan bantuan,” katanya.

Dalam sidang media berasingan yang turut diadakan di Geneva, Menteri Kesihatan Palestin Majed Abu Ramadan berkata seramai 29 orang, termasuk kanak-kanak dan warga emas, telah meninggal dunia dalam beberapa hari kebelakangan ini akibat masalah berkaitan kebuluran.

“Dalam beberapa hari lalu, kita kehilangan 29 kanak-kanak dan warga emas yang tidak berdosa,” katanya, sambil menyifatkan mangsa sebagai “kematian akibat kebuluran.”

Sumber: Bernama

BACA: PBB: Tiada Bantuan Diagihkan Di Gaza, Terkandas Di Lintasan Kerem Shalom

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.