Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
pbb bantuan gaza terkandas
Gambar: Bernama

PBB: Tiada Bantuan Diagihkan Di Gaza, Terkandas Di Lintasan Kerem Shalom

Iqbal Yasir

PBB: Tiada Bantuan Diagihkan Di Gaza, Terkandas Di Lintasan Kerem Shalom

HAMILTON, 22 Mei (Bernama-Anadolu) — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menyatakan bahawa hanya sebilangan kecil trak bantuan dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan Kerem Shalom yang dikawal Israel, namun tiada bekalan yang dapat diagihkan kerana faktor keselamatan, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu wartawan bahawa semua bekalan bantuan yang melepasi sempadan itu masih berada di kawasan pemunggahan Kerem Shalom kerana “pihak berkuasa Israel hanya membenarkan pasukan pertubuhan itu melalui satu laluan yang sesak dan dianggap tidak selamat serta berisiko tinggi berlaku kejadian rompakan, memandangkan penduduk Gaza telah lama berada dalam keadaan terdesak akibat sekatan Israel selama lebih 11 minggu.”

“Barangan penting lain seperti produk kebersihan dan bahan api juga tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa Israel,” kata Dujarric.

Beliau menegaskan bahawa bantuan itu masih terkandas walaupun trak telah dimuatkan dan bersedia untuk bergerak.

“Sehingga tengah hari Rabu (waktu tempatan), tiada maklumat yang diterima oleh rakan sekerja kami di Baitulmuqaddis bahawa trak bantuan telah keluar dari Kerem Shalom,” katanya.

Dujarric menyifatkan situasi itu sebagai “berubah-ubah” dan menegaskan bahawa PBB terus berunding dengan pihak Israel “bagi mengenal pasti laluan terbaik keluar dari Kerem Shalom ke Gaza untuk memastikan aliran bantuan tidak terganggu atau terhenti.”

Namun katanya, adalah penting untuk menekankan bahawa bekalan yang sedikit dan baru sahaja dibenarkan masuk ke Kerem Shalom masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan di Gaza yang sangat besar dan mendesak.

“Lebih banyak bantuan yang perlu dibawa masuk,” katanya.

Menurut Dujarric, “pengeboman dan serangan artileri oleh Israel masih berterusan di seluruh Semenanjung Gaza. Hari ini, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan puluhan orang terkorban dalam tempoh 24 jam lepas dan semalam kementerian itu mengeluarkan rayuan segera agar orang ramai menderma darah untuk mereka yang sakit dan cedera.”

BACA: “Kelaparan Yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini” Cengkam Gaza, UNRWA Beri Amaran

Memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), beliau berkata “80 peratus kawasan di Semenanjung Gaza kini tertakluk kepada arahan pemindahan paksa atau terletak dalam zon ketenteraan Israel. Zon-zon ini memerlukan pasukan bantuan untuk menyelaraskan pergerakan mereka dengan pihak berkuasa keselamatan Israel.”

“Pemindahan paksa penduduk Gaza yang berterusan ini memberi tekanan hebat ke atas pasukan bantuan kemanusiaan, khususnya apabila tiada makanan dan barangan keperluan asas dibenarkan masuk,” katanya.

Beliau berkata keadaan tempat perlindungan amat daif dengan tapak perlindungan, bangunan kediaman serta kemudahan sementara yang terlalu sesak, tidak sesuai didiami atau musnah.

“Orang ramai terpaksa tinggal sementara di bangunan yang terbiar, tidak siap dibina, musnah atau rosak. Ada juga yang tidur di kawasan terbuka,” katanya.

Dujarric melaporkan bahawa perkhidmatan kesihatan kini lumpuh akibat serangan berterusan Israel ke atas kemudahan perubatan.

“Awal hari ini, Hospital Al Awda satu-satunya hospital yang sebahagiannya berfungsi di wilayah utara Gaza dan masih merawat beberapa pesakit telah diserang. Semalam, Hospital Kamal Adwan telah menghentikan operasi,” katanya.

Sumber: BERNAMA