Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Deklarasi Kuala Lumpur ASEAN
Gambar: Anwar Ibrahim/FB

Deklarasi Kuala Lumpur Gariskan Hala Tuju Strategik Jangka Panjang ASEAN

Hannah

Deklarasi Kuala Lumpur Gariskan Hala Tuju Strategik Jangka Panjang ASEAN

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Pemimpin Asia Tenggara hari ini menerima pakai Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, yang menjadi asas kepada hala tuju pembangunan dan kerjasama serantau bagi dua dekad akan datang.

Deklarasi tersebut, yang diluluskan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini, melambangkan pencapaian penting dalam komitmen blok serantau itu untuk membina komuniti yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berorientasikan rakyat

Dokumen ini juga menggantikan visi ASEAN 2025: Melangkah Bersama yang diluluskan pada 2015.

Menurut Deklarasi tersebut, negara anggota ASEAN menegaskan semula tekad kolektif untuk memperkukuh kesatuan serantau, menggalakkan pembangunan inklusif dan mampan serta mempertingkatkan keupayaan institusi bagi bertindak balas secara berkesan terhadap trend mega semasa dan akan datang.

Dokumen itu juga menggambarkan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan di rantau Indo-Pasifik, dengan penekanan kuat terhadap perpaduan serantau, identiti bersama, dan akses yang adil kepada peluang ekonomi dalam kalangan penduduknya.

“Kami menekankan kepentingan memperkukuh daya tahan ASEAN serta menggalakkan tindak balas kolektif, cekap, berkesan dan inovatif terhadap cabaran serantau dan global serta kejutan masa depan, yang akan membantu memastikan masa depan ASEAN dan penduduknya,” menurut kenyataan Deklarasi itu.

Antara keputusan utama yang dibuat di bawah Deklarasi tersebut ialah penerimaan rasmi Visi Komuniti ASEAN (ACV) 2045 berserta pelan strategik yang menyertainya merangkumi empat tonggak utama iaitu Politik-Keselamatan, Ekonomi, Sosiobudaya, dan Ketersambungan.

Para pemimpin bersetuju bahawa Deklarasi ini bersama ACV 2045 dan pelan strategiknya akan membentuk ASEAN 2045.

Mereka turut menegaskan komitmen untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan institusi ASEAN, termasuk reformasi bagi memperkukuh kapasiti Sekretariat ASEAN.

Para pemimpin juga bersetuju untuk menerima pakai Pelan Kerja Inisiatif Integrasi ASEAN (IAI) V (2026-2030) pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Mereka juga memberi tanggungjawab kepada menteri ASEAN dan badan-badan berkaitan dengan sokongan Setiausaha Agung ASEAN serta Sekretariat ASEAN untuk melaksanakan aktiviti komunikasi dan memantau pelaksanaan secara berkala.

Setiausaha Agung akan membuat laporan tahunan kepada Sidang Kemuncak ASEAN, dan satu kajian separuh penggal agenda ASEAN 2045 akan dijalankan bagi memastikan ia kekal relevan dengan perkembangan serantau dan global.

Deklarasi Kuala Lumpur 2045 dibina berasaskan perjanjian-perjanjian penting terdahulu termasuk Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2025: Melangkah Bersama (2015), Deklarasi Ha Noi (2020), Agenda Ketersambungan Phnom Penh (2022), Kenyataan Pemimpin Labuan Bajo (2023) dan Deklarasi Vientiane mengenai Pembangunan Pelan Strategik (2024).

Deklarasi itu menegaskan komitmen berterusan ASEAN untuk mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam ASEAN, undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dianjurkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, menghimpunkan pemimpin negara anggota untuk membincangkan isu serantau serta merangka hala tuju blok itu pada masa depan.

Turut akan berlangsung esok, ialah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak trilateral ASEAN-GCC-China yang julung-julung kali diadakan, mencerminkan usaha ASEAN memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa.

BACA: Malaysia-Indonesia Setuju Terajui Penubuhan Majlis Halal ASEAN – Ahmad Zahid

Sumber: BERNAMA