Siakap Keli

Lapisan Pâtisserie Tampil di Festival Roti & Pastri Artisan ‘Salon Du Pain’, Tawar Sajian Bertemakan Pistachio

Lapisan Pâtisserie dengan bangganya mengumumkan penyertaan dalam festival tahunan artisan roti dan pastri, Salon Du Pain, yang berlangsung dari 21 Mei hingga 8 Jun di Isetan KLCC.

Bersempena tema tahun ini Pistachio, Lapisan Pâtisserie bakal memperkenalkan dua sajian terbaharu yang eksklusif serta promosi terhad khas buat pencinta pastri.

Antara tarikan utama ialah Pistachio Bowtie Croissant, pastri berbentuk reben yang diisi krim pistachio berperisa lemak berbiji dan tekstur berlapis yang rangup serta gebu. Gabungan rasa berkrim, bermentega dan tekstur kontras menjadikan setiap gigitan satu pengalaman.

Turut diperkenalkan ialah Pistachio Cronelé, gabungan unik antara croissant dan canelé klasik Perancis. Rasa manis beraroma dan tekstur padat di bahagian luar dipertingkatkan lagi dengan inti krim pistachio yang lazat, sesuai untuk mereka yang gemarkan pencuci mulut lebih manis.

“Di Lapisan Pâtisserie, kami percaya pastri bukan sekadar pemanis mulut, ia boleh menceriakan hari dan mencetus perbualan. Kami teruja untuk memperkenalkan dua pastri baharu ini sempena penyertaan kami di Salon Du Pain tahun ini,” kata Darren Sim, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Secret Recipe Cakes & Café.

Promosi Khas Sepanjang Acara

Lapisan Pâtisserie turut menawarkan promosi eksklusif sepanjang festival:

  • Diskaun 50% untuk Pistachio Bowtie Croissant atau Pistachio Cronelé dengan setiap pembelian dua pastri.
  • Baucar Percuma Honey Toast: Tebus baucar dengan mana-mana pembelian semasa acara berlangsung. (Penebusan hanya sah di cawangan Mid Valley dengan pembelian dua pastri, sah sehingga 31 Julai 2025)

Lapisan Pâtisserie kini semakin dikenali atas komitmennya terhadap rasa, kreativiti dan teknik pembuatan pastri berkualiti. Cawangan Mid Valley juga baru-baru ini menerima pensijilan Halal JAKIM, membuktikan komitmen mereka terhadap standard yang diyakini pelanggan Muslim.

📍 Untuk maklumat lanjut tentang Lapisan Pâtisserie dan kemeriahan Salon Du Pain, layari:
www.facebook.com/lapisanmy
www.instagram.com/lapisanmy

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.