Love Earth, jenama makanan organik tempatan, baru-baru ini melancarkan Nutri Oat-mazing Instant Cereal Drink, satu usaha untuk membuang persepsi ‘hidden junk fillers’ yang sering tersembunyi dalam minuman segera. Pelancaran ini hadir seiring peningkatan literasi kesihatan rakyat dan keprihatinan terhadap bahan tambahan dalam produk pra-campur.
Apa yang Tersembunyi Dalam Minuman Segera?
Isu kandungan gula berlebihan, krimer berasaskan minyak sawit dan bahan sintetik dalam minuman 3-dalam-1 dan bijirin segera bukanlah perkara baru. Menurut kenyataan yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, produk sebegini boleh menyumbang kepada tabiat pemakanan tidak sihat dan risiko penyakit kronik.
Antara bahan biasa yang dibimbangi termasuk krimer bukan tenusu daripada minyak isirung sawit dan lemak terhidrogen bahan yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Kajian juga menunjukkan bahan seperti emulsifierboleh mengganggu sistem penghadaman dan menyebabkan keradangan.
“Ramai tertarik dengan label ‘tinggi serat’ atau ‘wholesome’, tapi tak semak kandungan sebenar di belakang pek,” kata Samantha Mah, Ketua Inspirasi Love Earth.
Berbeza dengan produk biasa, Nutri Oat-mazing tidak mengandungi krimer, pengawet, pengemulsi atau bahan pengisi. Ia diperbuat dengan sehingga 57% oat organik dari Finland, diiktiraf oleh NASAA dan diperakui Halal JAKIM. Ia juga mesra vegetarian dan rendah kalori hanya 98–102 kcal setiap hidangan.
Tiga perisa ditawarkan: Coklat, Soy Almond Nibs, dan Blueberry Chia.
“Kami tak guna bahan murah untuk ‘tampal’ nutrisi. Kami jadikan oat sebagai bahan utama. Pemakanan sebenar tak patut jadi pilihan kedua,” tambah Samantha.
Permintaan Semakin Tinggi untuk Produk Bersih
Fenomena ‘clean-label’ bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Laporan Nielsen menunjukkan 76% pengguna mahukan ketelusan penuh dalam senarai ramuan, dan 64% elak bahan tambahan tiruan. Trend ini dilihat paling ketara dalam kalangan golongan muda dan profesional bandar.
Love Earth menyasarkan Nutri Oat-mazing sebagai pilihan alternatif untuk golongan sibuk termasuk ibu bapa, pekerja dan penggemar gaya hidup sihat yang inginkan sesuatu cepat, tapi bersih.
Menuju Perubahan
Love Earth tidak berniat menidakkan semua produk segera, tetapi mahu naikkan standard ketelusan dalam pemakanan.
“Kami percaya makanan mudah boleh wujud tanpa kompromi pada kejujuran,” jelas Samantha. “Kadangkala, perubahan besar bukan datang dari superfood, tapi dari keberanian untuk kekal ringkas dan jujur.”
Pelancaran Nutri Oat-mazing ini juga mula buka mata ramai tentang pentingnya label yang telus, pilihan lebih bersih dan masa depan makanan segera yang lebih bertanggungjawab.