Siling Pawagam Runtuh Ketika Tayangan Final Destination
Argentina – Tayangan filem seram Final Destination: Bloodlines bertukar mimpi ngeri apabila siling sebuah pawagam di La Plata runtuh menimpa penonton, lapor Daily Mail.
Kejadian yang berlaku d Pawagam Ocho ketika filem tersebut hampir tamat Isnin lalu mengakibatkan seorang penonton mengalami kecederaan.
Seorang mangsa bersama anak perempuan yang berusia 11 tahun dan rakannya mencerita kembali detik ketika salah satu daripada kepingan siling menimpa dirinya.
Menurut mangsa, mereka tidak merancang untuk menonton filem berkenaan.
“Kami sedang berjalan dan melalui kawasan pawagam. Memandangkan jualan tiket lebih murah berbanding hari lain, kami tertarik untuk menonton filem tersebut. Kami pun beli bertih jagung dan masuk ke pawagam,” katanya.
Ketika filem hampir tamat, mangsa terdengar bunyi dentuman yang kuat dan menyangka ia merupakan kesan bunyi filem tersebut.

“Saya terdengar satu bunyi yang kuat. Pada awalnya, saya menyangka ia sebahagian daripada filem itu kerana kami terlalu menghayatinya. Tiba-tiba, satu kepingan siling yang besar menimpa saya,” jelas wanita itu lebih terperinci.
Akibat runtuhan berkenaan, mangsa cedera di bahagian lutut dan dibawa ke hospital bagi menjalankan pemeriksaan dan menerima rawatan.
“Saya tidak cedera di kepala kerana sedang bersandar di tempat letak tangan,” tambahnya.
Walau bagaimanapun, mangsa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima daripada pihak pengurusan pawagam yang didakwa tidak mengendahkan permohonannya untuk mendapatkan pulangan semula wang tiket.
“Pengurus hanya bertanya bagaimana saya nak selesaikan perkara ni?” kongsinya lagi.
Berang, wanita tersebut tekad untuk mengemukakan aduan.
“Bayangkan jika kepingan tersebut menimpa kepala anak saya. Mereka memang tidak bertanggung jawab,” adunya lagi.
Mangsa kini sedang menjalani rawatan susulan berikutan mempunyai sejarah serangan panik dan gangguan kebimbangan.
“Saya alami kesukaran jika berada di kawasan sesak. Sudah bertahun-tahun saya tidak pergi ke pawagam,” jelasnya lanjut.
Berikutan itu, mangsa yang bekerja sebagai sebuah penjaga bar terpaksa mengambil cuti selama beberapa hari.
Sumber: Daily Mail
BACA: Inteam Bakal Buka Jualan Tiket Konsert Untuk “Round” Kedua?
BACA: Gaji Pensyarah Indonesia Terendah Di Asia Tenggara – Kajian