Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Kredit: Anadolu & CNN

Pilu Di Gaza, Doktor Hilang 9 Anak Sekelip Mata

Azizah Najib

Pilu Di Gaza, Doktor Hilang 9 Anak Sekelip Mata

Khan Younis – Seorang pakar pediatrik, Dr Alaa al-Najjar, 35 tahun, kehilangan sembilan daripada 10 anaknya dalam serangan udara Israel di Gaza, Jumaat lalu.

Menurut laporan CNN, serangan itu menyasarkan kediaman keluarga beliau di Khan Younis, ketika Alaa sedang bertugas di Kompleks Perubatan Nasser, selatan Gaza. Tujuh jenazah anaknya tiba di hospital dalam keadaan rentung. Dua lagi, termasuk seorang bayi, masih belum ditemui.

Sementara itu, anak sulung yang terselamat, Adam, 11 tahun, kini dirawat di hospital akibat kecederaan. Suaminya, Dr Hamdi al-Najjar, turut parah di kepala dan dada, lapor The Guardian.

Ketua jururawat Hospital Nasser, Mohamad Saqer menyifatkan kehilangan ini sebagai satu tragedi paling menyayat hati sejak konflik bermula.

“Kejadian ini pula menimpa seorang pakar pediatrik yang mendedikasikan hidupnya untuk menyelamatkan kanak-kanak. Namun kehidupannya sebagai seorang ibu diragut dalam sekelip mata oleh api dan kesunyian yang memekakkan,” katanya.

Menurut keluarga yang menjadi saksi kejadian itu, dua peluru berpandu terkena rumah mereka.

Sebelum serangan berlaku, Hamdi keluar untuk membeli makanan buat anak-anak selepas menghantar isterinya ke hospital. Apabila pulang ke rumah, mangsa sempat menyaksikan peluru berpandu menyerang rumahnya tetapi tidak meletup. Mangsa kemudian bergegas masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan anak-anak namun tidak berjaya apabila rumah tersebut diserang peluru berpandu buat kali kedua.

“Ayah saya cuba selamatkan pak cik Hamdi tetapi ternampak Adam di atas jalan. Ayah bawa Adam ke hospital manakala pak cik Hamdi dibawa oleh pertahanan awam. Anak-anak yang lain sudah pun rentung,” kata Dr Sahar al-Najjar, anak saudara mangsa.

Pihak Pertahanan Awam Gaza turut menyiarkan rakaman dari tempat kejadian yang menunjukkan rumah tersebut musnah terbakar dan jasad kanak-kanak ditarik keluar dari runtuhan.

Sahar berkata Alaa tidak dapat menahan kesedihannya apabila menunjukkan botol susu terakhir yang diperah untuk bayinya, Sidra yang masih belum ditemui.

“Dia beritahu saya hari ini dadanya sangat sakit kerana sudah tidak lagi menyusukan anak.

“Setiap hari, Dr Alaa akan memerah susu untuk Sidra di tempat kerja. Hari ini, dia tunjukkan botol terakhir yang sempat disediakan.

“Dr Alaa hampir tidak mampu bercakap. Kalau awak lihat wajahnya, awak akan faham betapa dalamnya derita yang dirasa. Dia hanya berdoa agar anak dan suaminya pulih,” tambahnya.

wanita gaza 9 anak
Kredit: CNN

Sementara itu, satu-satunya anak Alaa yang terselamat, Adam memanggil kakaknya, Hawa, sebaik keluar dari bilik pembedahan. Salah satu lengannya mengalami kecederaan parah dan memerlukan pembedahan susulan dalam beberapa hari lagi. Ketika ini, Hamdi masih dalam keadaan kritikal.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Palestin di Tebing Barat menyampaikan ucapan takziah kepada Alaa atas kehilangan ahli keluarganya itu.

“Beliau akan sentiasa dikenang sebagai wanita Palestin yang tabah dan doktor yang mulia, merawat luka orang lain sambil menanggung deritanya sendiri dalam diam,” kata kenyataan kementerian tersebut.

Sebagai maklum balas kepada CNN, tentera Israel berkata pesawat mereka telah menyerang beberapa suspek yang dikenal pasti beroperasi dari sebuah struktur bersebelahan dengan pasukan IDF di kawasan Khan Younis. Pihak tentera turut memaklumkan bahawa dakwaan mengenai kematian orang awam sedang dikaji semula.

Ketua tentera Israel, Eyal Zamir turut mengunjungi Khan Younis pada Ahad, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh IDF.

Sumber: CNN, The Guardian

BACA: Perhimpunan Kesihatan Sedunia Lulus Cadangan Kibar Bendera Palestin Di Ibu Pejabat, Pejabat WHO

BACA: Malaysia Anjur Sidang Kemuncak Bersejarah ASEAN-GCC-China