Qualcomm Technologies, Inc., melalui jenama Snapdragon®, telah menganjurkan sesi eksklusif “meet-and-greet” bersama lagenda kelab bola sepak Manchester United, Nani. Acara istimewa ini menghimpunkan pemenang peraduan anjuran Thunder Match Technology Sdn. Bhd. (TMT), ahli kelab peminat Manchester United dan wakil media utama untuk sesi interaksi intim bersama ikon bola sepak ini.
Sebagai sebahagian daripada Jelajah Manchester United di Asia, Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada hanya dua lokasi terpilih untuk acara berprestij ini, sekali gus membuktikan komitmen Snapdragon dalam membawa pengalaman bertaraf dunia kepada peminat bola sepak serantau.
Dihoskan bersama TMT di Megastore Sunway Pyramid, suasana acara cukup meriah dan penuh keterujaan apabila hadirin berpeluang berinteraksi dengan salah seorang pemain bola sepak paling dinamik sambil menyaksikan inovasi terkini daripada Snapdragon.
Snapdragon kini menerajui masa depan teknologi dalam pelbagai bidang seperti peranti mudah alih, XR, VR, EV dan kini komputer peribadi (PC), melalui Snapdragon X Series. Siri ini direka untuk memenuhi gaya hidup moden dengan ketahanan bateri berbilang hari, prestasi hebat serta peningkatan pintar berasaskan AI membuka lembaran baharu untuk produktiviti, hiburan dan gaya hidup digital.
Dengan pelbagai pilihan komputer riba berkuasa AI daripada jenama terkenal seperti Acer, ASUS, Dell, HP, Lenovo dan Microsoft, PC berkuasa Snapdragon membawa pengalaman pengkomputeran masa depan ke tangan pengguna hari ini. Dari aplikasi harian hingga ke ciri Copilot+ berasaskan NPU, cip Snapdragon X Series mendefinisikan era baharu dunia digital yang lancar dan pintar.
Promosi Istimewa
Bermula 29 Mei hingga 30 Jun 2025, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM1,000 untuk model komputer riba terpilih yang dilengkapi cip pemproses Snapdragon X Series. Untuk maklumat lanjut, kunjungi rangkaian kedai TMT seluruh Malaysia.