Siakap Keli
pilih ciri kalkulator saintifik
Kredit: Gambar AI ImageFX

Jangan Tersalah, Ini Sebab Perlu Pilih Kalkulator Saintifik Yang Betul

Jangan Tersalah, Ini Sebab Perlu Pilih Kalkulator Saintifik Yang Betul

Persediaan untuk mula bersekolah di sekolah menengah tidak sama seperti ketika di sekolah rendah. Bukan hanya memerlukan sekadar buku teks dan buku tulis, pelajar juga perlu bersedia dengan kalkulator saintifik. Lazimnya, kalkulator saintifik yang dibeli akan digunakan sehingga pelajar tersebut tamat pengajian di peringkat universiti, bagi yang melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu.

Boleh dikatakan, kalkulator saintifik merupakan teman rapat anak-anak sepanjang tempoh pengajiannya. Jadi, sebagai ibu bapa, sudah tentu kita ingin bekalkan kalkulator yang berfungsi dengan baik.

Tahukah anda, terdapat perbezaan yang begitu besar antara kesemua kalkulator saintifik dalam pasaran? Menurut perkongsian seorang guru Matematik yang dikenali sebagai Seno Rita di Facebook, penggunaan kalkulator saintifik mempengaruhi risiko kesilapan pengiraan. Ikuti penjelasan guru berkenaan di bawah.

Mengapa perlu pilih kalkulator saintifik yang betul?

Buat ibu bapa, terutama ibu bapa yang ada anak akan masuk Tingkatan Satu.

Jika membeli kalkulator, beli CASIO fx-570EX. Mahal sedikit berbanding model yang MS dihujung tapi berbaloi kerana kalkulator 570EX itu dapat mengelakkan anak anda salah pengiraan.

Julat harga yang versi MS adalah dalam lingkungan RM45 hingga RM60 lebih. Julat harga bagi versi EX pula dalam lingkungan RM60 hingga RM90 lebih. Harga bergantung kepada tempat membeli dan nasib kalau membeli masa tawaran. Beli sekali, biasanya boleh dipakai sehingga SPM dan universiti.

Saya terangkan serba sedikit kelebihan kalkulator 570EX pada gambar-gambar.

pilih kalkulator saintifik yang betul
Kredit: Seno Rita

Beza:

Bila membuat pecahan dan nombor yang mempunyai kuasa. Soalan akan diberikan dalam bentuk seperti di screen kalkukator kanan. Untuk pelajar yang menggunakan kalkulator versi MS, mereka harus beringat untuk menambah sendiri kurungan bagi (7/8) dan (5^4) semasa menekan kalkulator, tanpa kurungan tersebut jawapan akan ‘salah’. Ini kerana kalkulator tersebut mengira mengikut programming Matematik dia sendiri.

Kredit: Seno Rita

Beza:

Bila membuat nombor yang mempunyai kuasa. Kuasa akan menggunakan simbol ^ pada kalkulator versi MS. Pengiraan Matematik SMK tidak ringkas ya, kalau banyak-banyak nombor bergabung dalam satu pengiraan, berpinar juga mata tengok versi MS yang tak ‘ditulis’ dalam bentuk standard Matematik.

Kredit: Seno Rita

Beza:

Bila membuat pengiraan nombor punca kuasa yang mempunyai kuasa pecahan. > soalan tidak akan diberikan dlm bentuk yg mempunyai kurungan. Soalan akan diberikan seperti yang dilihat dalam screen kalkulator di sebelah kanan tu.

Maka jika budak mengira dengan kalkulator MS tanpa menggunakan kurungan pada kuasa 1/6 itu, jawapan yang diberikan kalkulator adalah ‘salah’, bukan jawapan yang sepatutnya kerana kalkulator akan mengira mengikut software programming (iaitu mengikut math arithmetic).

Seperti dilihat pada gambar paparan screen versi MS sangat terhad.

ciri kalkulator saintifik
Kredit: Seno Rita

Beza:

Pengiraan persamaan serentak.

Kalkulator kiri, nilai-nilai dalam persamaan akan dimasukkn satu persatu tetapi nilai-nilai yang telah dimasukan tidak dapat dilihat pada screen. Budak tidak dapat melihat untuk double check jika nilai-nilai dimasukan itu betul atau salah.

Kalkulator kanan, nilai-nilai dalam persamaan akan dimasukan satu per satu dan dapat dilihat pada screen.

Kredit: Seno Rita

Beza:

Penyelesaian persamaan kuadratik. Sama seperti penyelesaian persamaan serentak, kalkulator kiri tidak memaparkan nilai-nilai yang dimasukan ke screen.

Kredit: Seno Rita

Beza:

Pencarian dan penukaran jenis mode (jenis program yang spesifik untuk mengira nombor atau jenis matematik tertentu seperti Asas Nombor, Nisbah dan graf ).

Kalkulator kiri, perlu scroll secara ‘manual’.

Kalkulator kanan, boleh cari atau pergi lebih cepat ke program tu sebab program terpapar di screen.

Banyak lagi perbezaannya tapi yang saya tunjuk ini adalah yang paling banyak digunakan dalam pengiraan. Bagi pelajar tuisyen saya yang menduduki SPM, saya beli untuk mereka versi 570EX jika mereka tidak mampu membelinya (dia sudah terbeli yang MS) kerana saya tak mahu dia mengambil risiko salah pengiraan masa SPM.

Lagipun, ada beberapa nilai yang harus dikira manual berdasarkan rumus jika menggunakan versi MS kerana kalkukator MS tidak ada program setting untuk nilai itu. Keadaan ini membuang masa jika ujian besar dan penting seperti SPM.

Tolong laburkan sedikit untuk membeli versi kalkulator yang lebih tinggi. Ia berbaloi.

Maklumat tambahan memandangkan ramai yang tanya: fx-570EX dibenarkan penggunaannya di peringkat sekolah menengah, dibenarkan dibawa masuk untuk SPM sebenar. Kalau masih ragu-ragu, sila rujuk kepada guru Matematik anak anda di sekolah.

Selain daripada berkongsi maklumat berkenaan pemilihan kalkulator saintifik yang lebih baik, guru berkenaan turut berpesan kepada para ibu bapa agar berhati-hati dengan produk tiruan kalkulator saintifik tersebut.

Hati-hati produk kalkulator tiruan

Sekadar peringatan kepada sesiapa yang membeli kalkulator saintifik melalui platform dalam talian, berhati-hati. Dua orang pelajar saya dah kena versi klon. Dibeli melalui Shopee. Versi klon nampak sama tapi tak sama. Kalau rupa tak sama tak apa, asal boleh berfungsi sama macam versi asli.

kalkulator saintifik original tiruan
Kredit: Seno Rita

Masalahnya, versi klon ada beberapa kepincangan dari segi fungsi.

Antara kepincangan versi klon yang paling ketara ialah butang fungsi kurang sensitif. Ada butang fungsi perlu ditekan berkali-kali baru nombor keluar. Risiko apabila budak mungkin terlebih menekan nombor tersebut kerana perlu menekan berkali-kali baru nombor keluar.

Ada butang fungsi yang memang tidak berfungsi. Salah satu kalkulator yang dibeli oleh budak saya, butang nombor 0 tidak berfungsi. Ada fungsi Mode yang tidak memberikan jawapan seperti sepatutnya. Ada beberapa fungsi tidak berfungsi seperti tidak dapat menukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan.

Antara ciri-ciri fizikal kalkulator saintifik klon ini yang dapat dilihat atau dirasa seperti di bawah.

1) Lebih ringan dari versi yang asli. Jika kamu letak versi klon di tapak tangan, dan versi asli di tapak tangan satu lagi, kamu akan dapat rasa versi klon lebih ringan.

2) Abjad fungsi pada versi klon berwarna kuning keemasan. Abjad fungsi pada versi asli berwarna kuning. Tidak nampak bersinar berkilat macam warna emas.

3) Harga murah. Pelajar saya yang kena versi klon kata dibeli dengan harga RM30 lebih saja. Harga versi asli sekitar RM70 ke atas, bergantung kepada model dan jenis Kalkulator FX. Jenis versi FX yang menggunakan solar adalah lebih mahal, sekitar RM100. FX kalkulator jenis FX 570EX yang versi asas, kulit atau bahagian luar warna putih, kalau ada tawaran boleh dapat juga RM60 lebih.

Tolong ambil perhatian. Untuk lebih selamat, belilah di cawangan kedai buku seperti Popular atau dari kedai-kedai buku yang sudah dikenali di tempat anda kerana kedai-kedai yang dah dikenali ini memang tidak akan mengambil stok dari pembekal yang tidak diketahui asal usul.

Semoga bermanfaat.

kalkulator saintifik tiruan
Kredit: Seno Rita

Sumber: Seno Rita (1) (2)

BACA: Baru 10 Tahun, Roman Shogdzhiev Kini Pemain Catur Termuda Dunia

BACA: Ada Makna, Ini Sebab Pensyarah Pakai Jubah Berbeza Warna Di Majlis Konvo

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.