Siakap Keli
seorang maut kemalangan gerik
Kredit: JBPM Perak Via Bernama

Seorang Maut, Empat Cedera Kemalangan Babitkan Dua MPV Di Gerik

Seorang Maut, Empat Cedera Kemalangan Babitkan Dua MPV Di Gerik

IPOH, 30 Mei (Bernama) — Seorang maut manakala empat cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 1.8 Jalan Gerik-Kupang, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik DSP Muhammad Firdaus Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar 11.45 pagi melibatkan MPV jenis Nissan Grand Livina dan Perodua Alza.

Beliau berkata siasatan mendapati Nissan Grand Livina dipandu lelaki berusia 49 tahun yang membawa tiga penumpang dari arah Kupang, Baling telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar Perodua Alza dinaiki pasangan suami isteri berusia 32 tahun bersama dua anak mereka.

BACA: Lelaki Maut Selepas Lori Rempuh Gerai, Pagar Masjid Di Sungai Buloh

“Pemandu Nissan Grand Livina itu disahkan meninggal dunia di Hospital Gerik akibat kecederaan parah manakala penumpang wanita berusia 56 tahun yang berada dalam MPV sama mengalami patah tulang rusuk dan dirujuk ke Hospital Taiping.

“Kedua-dua penumpang lelaki berusia 14 dan 21 tahun dalam kenderaan itu pula tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Firdaus berkata pemandu MPV jenis Perodua Alza itu pula cedera parah dan kini dirawat di Hospital Taiping manakala kedua-dua anaknya, masing-masing berusia tiga dan lima tahun mengalami kecederaan di bahagian mata serta kepala dan mereka dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Isteri pemandu Perodua Alza itu pula tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.