Siakap Keli
Village Grocers Melebarkan Sayapnya ke Pinggir Bandar Baharu di Myra Park, Nilai
Gambar Hiasan

Village Grocers Melebarkan Sayapnya ke Pinggir Bandar Baharu di Myra Park, Nilai

Village Grocers Melebarkan Sayapnya ke Pinggir Bandar Baharu di Myra Park, Nilai

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2025: Village Grocer secara rasminya membuka cawangan pasar rayanya yang ke-33, bertempat di kawasan pinggir bandar Myra Park, Nilai. Lokasi baharu ini menawarkan masyarakat setempat dengan ketenangan suasana kehijauan yang damai.

Nilai adalah sebuah lagi lokasi yang menandakan suatu pencapaian bagi Village Grocer, dengan mengukuhkan lagi jenamanya dan membekalkan barangan runcit premium khususnya kepada komuniti di luar Lembah Klang. Terletak secara strategik di kawasan perumahan Myra Park Marketplace di Nilai, lokasi baharu Village Grocer ini akan menjadi destinasi sehenti bagi pelanggan yang mencari produk-produk segar, daging berkualiti tinggi, pastri artisan, dan pelbagai pilihan istimewa gourmet.

    “Di Myra Park, kami memfokuskan untuk meningkatkan gaya hidup harian melalui ruang yang direka khas dan kemudahan yang selesa. Myra Park Marketplace akan memainkan peranan penting bagi mewujudkan suasana seperti di bandar terutamanya untuk para penduduk dan pengunjung,” kata Encik Kim Lin Teng, Ketua Pegawai Eksekutif CHJ Property.   

Pengerusi Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor, Encik Ong Kim Too, menzahirkan keterujaannya untuk melancarkan lokasi pasar raya terbaharunya di Myra Park Marketplace, Nilai. Beliau berkongsi rasa bangga apabila syarikatnya mendapat pengiktirafan dan diterima oleh Oriental Interest Berhad. “Kami sememangnya tak sabar menantikan pembukaan pasar raya baharu kami di Nilai yang juga merupakan pencapaian kami untuk berkembang di luar Lembah Klang. Pasar raya baharu ini diharap dapat meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk komuniti di Nilai dan sekitarnya, dan kami amat bertuah untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat di sini.”       

Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, Encik Kok Kian Kee menyatakan bahawa Nilai adalah satu mercu tanda perkembangan Village Grocer dalam meluaskan pasarannya di luar Lembah Klang. Menurut beliau, “Kami percaya dengan konsep memberikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa kepada masyarakat setempat, secara mudah dan berdekatan dengan mereka. Mereka kini tak perlu lagi keluar jauh bagi mendapatkan barangan runcit yang segar dan berkualiti untuk seisi keluarga.” 

 

Sebagai sebuah jenama tempatan, Village Grocer komited untuk menyumbang kepada masyarakat setempat. Ia secara aktif menyokong dan mendapatkan sumber daripada pekebun tempatan, peniaga-peniaga kecil, dan jenama tempatan. Village Grocer turut menyokong kelestarian alam sekitar dan tekad untuk mencapai matlamat beli-belah tanpa plastik. Malah usaha Village Grocer dalam penjagaan alam sekitar, sosial dan pengurusannya telah berjaya memenangi beberapa anugerah.

Village Grocer

Village Grocer adalah rangkaian pasar raya terkemuka, yang terkenal dengan komitmennya menyediakan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keunikan pengalaman beli-belah. Dengan 33 buah lokasi di seluruh negara, Village Grocer berdedikasi untuk memberikan pilihan gourmet terbaik keluaran lokal dan antarabangsa untuk pelanggan-pelanggannya yang bijak menilai, di samping mengekalkan standard kelestarian dan tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar.

Village Grocer Myra Park Marketplace, Nilai dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam dan kini bersedia untuk berkhidmat kepada komuniti di Nilai untuk mencipta pengalaman beli-belah yang tidak dapat dilupakan untuk suatu jangka masa yang panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari villagegrocer.com.my. 

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.