Siakap Keli
Lelaki Terjun Patung Terracota Warrior
Gambar: Weibu

Lelaki Ceroboh Kawasan Terracota Warrior, Tiga Patung Artifak Rosak

Lelaki Ceroboh Kawasan Terracota Warrior, Tiga Patung Artifak Rosak

XIAN — Seorang lelaki mencetuskan kekecohan di Muzium Pahlawan Terracotta dan Kuda Qin Shi Huang apabila dia bertindak terjun ke dalam salah satu tapak peninggalan sejarah itu, lapor Weibu.

Insiden itu menyebabkan beberapa artifak bersejarah yang dilindungi rosak.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang Jumaat waktu tempatan di Lubang No. 3 sambil disaksikan oleh beberapa pelancong.

Menurut saksi, lelaki berusia lingkungan 30-an melompat masuk ke kawasan larangan sebelum menyentuh dan menolak beberapa patung pahlawan yang berada di dalam lubang tersebut.

Sementara itu, insiden itu mencetuskan kemarahan orang ramai, khususnya di media sosial China. Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab dan biadab terhadap warisan budaya negara.

Pihak polis memaklumkan bahawa tiga patung pahlawan Terracotta yang tergolong dalam kategori Artifak Dilindungi Kelas II telah mengalami kerosakan akibat tindakan lelaki itu.

Suspek kemudiannya telah ditahan pihak polis dan hasil siasatan mendapati suspek mempunyai masalah kesihatan mental.

Muzium berkenaan juga telah menjalankan siasatan dalaman dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi meneliti semula tahap keselamatan di kawasan pameran.

Dalam kenyataan berasingan, Biro Warisan Budaya Wilayah Shaanxi memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan audit menyeluruh terhadap protokol keselamatan muzium dan menyeru semua pihak untuk lebih menghargai serta melindungi khazanah sejarah negara.

Mengikut Artikel 126 di bawah Undang-Undang Jenayah Republik Rakyat China, individu yang didapati dengan sengaja merosakkan artifak budaya di bawah perlindungan negara boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau tahanan jenayah.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan suspek akan berdepan pendakwaan di bawah peruntukan tersebut.

Pahlawan Terracotta merupakan sebahagian daripada kompleks makam Maharaja Pertama China, Qin Shi Huang, dan dianggap antara tapak arkeologi paling penting di dunia.

Sumber: Weibu

BACA: Dua Penambahbaikan Prosedur Pemeriksaan Kenderaan Berkuat Kuasa Esok – JPJ 

BACA: PKR Belum Terima Permohonan Rasmi Tengku Zafrul Sertai Parti – Dr Fuziah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.