Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kenderaan LPT2 Aidiladha
Gambar: Bernama

Peningkatan Hingga 60,000 Kenderaan Di LPT2 Sempena Cuti Aidiladha

Iqbal Yasir

Peningkatan Hingga 60,000 Kenderaan Di LPT2 Sempena Cuti Aidiladha

KUALA TERENGGANU, 31 Mei (Bernama) — Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 Sdn Bhd menjangkakan peningkatan trafik hingga 60,000 kenderaan sehari di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena cuti perayaan Aidiladha.

LPT2 dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah peningkatan kenderaan dijangka berlaku pada hari-hari puncak, iaitu 5 dan 6 Jun serta 8 dan 9 Jun ini.

“Sehubungan dengan itu, pengguna lebuh raya yang pulang ke kampung atau bercuti di Pantai Timur menggunakan LPT2 dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal pada musim perayaan ini,” menurut kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, LPT2 Sdn Bhd memaklumkan pihaknya bersiap sedia untuk menguruskan peningkatan trafik di lebuh raya melalui beberapa inisiatif, termasuk menyediakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan lebih awal.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak.

“Untuk mendapatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA, pengguna lebuh raya boleh memuat turun dan mengakses aplikasi PLUS untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum bagi perjalanan di LPT2 antara 5 hingga 10 Jun.

“Oleh itu, LPT2 menyeru orang ramai supaya merancang dan menyusun jadual perjalanan lebih awal berdasarkan cadangan MyPLUS-TTA bagi perjalanan pulang ke kampung halaman pada 5 hingga 7 Jun, serta menyusun jadual perjalanan kembali semula ke Lembah Klang pada 8 hingga 10 Jun selepas bercuti sempena Aidiladha,” katanya.

BACA: Lelaki Ceroboh Kawasan Terracota Warrior, Tiga Patung Artifak Musnah

Sementara itu, bagi mengelakkan gangguan terhadap pergerakan trafik di laluan utama lebuh raya, tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan di LPT2 bermula 5 hingga 9 Jun ini kecuali melibatkan kerja-kerja kecemasan, pengalihan kemalangan dan pembaikan kritikal.

LPT2 Sdn Bhd turut mengambil beberapa langkah lain, antaranya menyediakan lebih 300 petugas dalam ekosistem LPT2 terutama di plaza tol dan pusat pemantauan trafik.

“Selain itu, LPT2 turut menyediakan lebih daripada 160 anggota RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) untuk membantu melancarkan pengurusan trafik di R&R, hentian sebelah dan plaza tol terpilih untuk keselesaan pengguna.

LPT2 juga memohon kerjasama orang ramai supaya merancang perjalanan mereka dan menggunakan kemudahan tandas dan surau yang disediakan di plaza tol terdekat,” menurut kenyataan berkenaan.

Pada masa yang sama kenyataan itu memaklumkan, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di LPT2 menerusi X@lpt2trafik, LPT2Line 1800-88-0220, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menerusi saluran stesen radio utama negara.

Orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi navigasi Waze atau ‘Google Maps’ untuk merancang laluan yang akan digunakan dan mereka boleh menghubungi talian LPT2Line di 1800-88-0220 sekiranya ingin mendapatkan bantuan kecemasan.

Sumber: BERNAMA