Siakap Keli
Sumber: Astro Awani

Dua Beradik Ditemukan Berpelukan Di Tingkat Atas Rumah Terbakar

Dua Beradik Ditemukan Berpelukan Di Tingkat Atas Rumah Terbakar

Dua kanak-kanak nyaris maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di sebuah taman perumahan di Alor Setar, pada Ahad.

Ketika kejadian berlaku, mangsa yang masing-masing berusia empat dan lima tahun berada di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah tersebut sebelum berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

Difahamkan, abang kepada kedua-dua mangsa pada awalnya berada di dalam rumah, namun sempat keluar untuk mendapatkan bantuan.

Menurut ibu mangsa, beliau sedang membawa dua lagi anaknya yang berusia dua dan tiga tahun yang menghidap penyakit Talasemia ke sebuah klinik kerajaan ketika kejadian berlaku.

“Ketika itu saya tinggal tiga anak yang lain di rumah sementara suami keluar ke tempat kerjanya yang terletak tidak jauh dari rumah.

“Tidak lama selepas itu saya menerima panggilan daripada jiran mengatakan rumah saya sedang terbakar. Saya dalam keadaan panik terus menghubungi suami dan bergegas pulang ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran tersebut pada jam 10.16 pagi dan segera mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba anggota dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak terperangkap di tingkat atas rumah.

“Tindakan pantas anggota dengan menggunakan pakaian serta peralatan khas kebakaran terus masuk ke dalam rumah dan berjaya menemui dua beradik dalam keadaan berpelukan di dalam bilik di tingkat atas rumah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Wira serta lapan buah motosikal.

Tambah beliau, setakat ini punca kejadian dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan.

BACA: Perumahan Terbengkalai Lebih 10 Tahun Berjaya Diselesaikan – MB Johor

BACA: PBAKL 2025: PM Anwar Sempat Beri Sokongan Kepada Cucu Sertai Pertandingan Catur

BACA: KPM Akan Laksana Segera Inisiatif Baucar Buku Untuk PPP

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.