Siakap Keli
Pelajar MRSM Anugerah IGCSE
Gambar: MARA

Dua Pelajar MRSM Rangkul Anugerah Top Of The World Dalam Peperiksaan IGCSE

Dua Pelajar MRSM Rangkul Anugerah Top Of The World Dalam Peperiksaan IGCSE

Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) melakar kejayaan cemerlang akademik di pentas global apabila merangkul Anugerah Top Of The World dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Kejayaan dua anak Malaysia itu dikongsikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

“Tahniah kepada Muhammad Amiruz Zafeer dan Ahmad Soleh Muhaimi Saifuddin yang berjaya memperoleh Anugerah Top Of The World bagi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan IGCSE,” tulis MARA dalam hantaran itu.

Ahmad Soleh Muhaimi yang merupakan MRSM Kuantan, seorang pelajar yang  sangat aktif dalam kepimpinan di maktab sebagai Exco Akademik dan Inovasi Badan Wakil Pelajar (BWP).

Dia sebelum ini pernah mewakili MRSM Kuantan ke Young Leader Apprentice (YALE) dan beberapa pertandingan peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Berpegang dengan moto ‘Sentiasa dahagakan penjelajahan’ menjadi sumber kekuatannya Ahmad dalam merealisasikan impianya bergelar seorang Jurutera Bioperubatan dalam negara kelak.

Sementara itu,  Muhammad Amiruz Zafeer pelajar dari MRSM Kuala Kubu Bharu seorang yang aktif dalam aktif dalam kokurikulum sehingga menjuarai kejohanan bola tampar 17 tahun.

Bukan itu sahaja, Muhammad Amiruz juga membawa nama maktab dalam pelbagai acara peringkat kebangsaan seperti National Science Challenge. 

Kejayaan kedua-dua anak Malaysia ini sudah tentunya membuktikan kehebatan pelajar tempatan bukan sahaja mampu bersaing di peringkat domestik, malah hingga ke peringkat antarabangsa.

https://www.instagram.com/p/DKQpuEFq16R/?fbclid=IwY2xjawKr-wpleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFlZ0U1eTVyQ2lEVXhoNFRKAR5UBul4RoCf5FX-jsfkWwkQoOpVVDy2ZZH0xvG5HDbzre6R9jKNacQICnFTYw_aem_JoLgvQMF1rMiwCuGtwB3aw

Sumber: Majlis Amanah Rakyat

BACA: Telefon Rakyat Korea Utara Didakwa Ditapis Kerajaan

BACA: Kota MADANI Bakal Dibangunkan Di Putrajaya, Selari Dengan Visi Bandar CHASE

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.