Lelaki Minta Sunting “Brightness” Gambar, Hasil & Komen Buat Ramai Terhibur
Seperti yang diketahui, telefon pintar masa kini dilengkapi dengan teknologi kamera yang semakin canggih, membolehkan pengguna merakam gambar dengan kualiti yang hampir setanding dengan kamera profesional.
Dengan ciri ini, ia memudahkan orang ramai untuk mengambil gambar pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu membawa peralatan tambahan.
Meskipun, gajet ini mampu mengambil gambar dengan baik, namun masih terdapat beberapa kekurangan di luar kemampuannya. Ia termasuk faktor pencahayaan.
Kadangkala, gambar yang diambil menjadi terlalu cerah (overexposed) atau warna tidak seimbang, menyebabkan hasil gambar kurang memuaskan.
Oleh itu, gambar yang diambil kadangkala perlu disunting terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Begitulah juga perkongsian seorang pengguna Facebook Farid Arshavin yang berkongsi fotonya di Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ini.
Dalam hantaran itu, dia meminta jasa baik dan kreativiti warganet untuk menyunting gambarnya agar latar belakang gambar menjadi kurang cerah, kerana gambar yang diambil terlebih cerah.
“Tolong editkan background belakang jadi kurang brightness,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, hasil suntingan warga maya pula membuatkan ramai tak kering gusi dibuatnya. Mana tidaknya, pelbagai hasil karya suntingan yang mencuit hati dihasilkan oleh netizen.
Berikut antara hasil suntingan pengguna Facebook kumpulan itu yang mencuit hati;












“Jenis barang order, sampai lain,” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘pecah perut’ melihat hasil karya-karya para editor kumpulan itu.
Bahkan ramai yang menganggap wajah lelaki itu ibarat pelanduk dua serupa dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.
“Hey wassap gais,” seloroh seorang pengguna.
“KA kuasa 2,” komen seorang pengguna.
“KA.. jenis barang order, sampai lain ni,” seloroh seorang lagi.
“Aku belum buka komen lagi, ingat nak taip hei wasap gaiss… Bila buka komen semua komen sama,” kongsi seorang lagi.
Sumber: Farid Arshavin via Kumpulan Edit Apa Hari Ini