Lelaki Minta Sunting Gambar Bersama Atlet Gimnastik Negara, Hasilnya Buat Ramai Terhibur
Ketika kecil, hampir setiap orang pernah ditanya, “Bila besar nanti nak jadi apa?”.
Jawapannya sering kali lontarkan penuh semangat dan imaginasi. Ada yang mahu jadi angkasawan, doktor, cikgu, askar, pemain bola, atau penyanyi terkenal.
Walaupun banyak impian berubah mengikut masa dan realiti kehidupan, namun memori itu tetap kekal sebagai satu kenangan manis.
Kini, dengan aplikasi atau teknologi suntingan gambar dan kecerdasan buatan (AI), impian ini bukanlah satu imaginasi yang sekadar dikenang. Malah ia boleh dilihat seperti betul-betul terjadi.
Setiap daripada kita boleh menjadi angkasawan, berdiri atas pentas konsert, atau berada dalam kokpit jet pejuang yang boleh dihasilkan menerusi teknologi ini. Ia boleh menjadi satu hiburan buat diri sendiri.
Begitu juga perkongsian seorang pengguna Facebook Naseh Zuhdi yang berkongsi fotonya di Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ini.
Dalam hantaran itu, dia meminta jasa baik dan kreativiti warganet untuk menyunting gambarnya bersama atlet gymnastik negara.

“Tolong edit saya bersama dengan atlet gimnas negara .tolong ya editor-editor yang disayangi semua,” tulisnya.
Habis Semua “Skill Edit” Netizen Keluarkan
Walau bagaimanapun, hasil suntingan warga maya pula membuatkan ramai tak kering gusi dibuatnya.
Berikut antara hasil suntingan pengguna Facebook kumpulan itu yang mencuit hati;













Menjengah ke ruangan koemn, rata-rata netizen ‘pecah perut’ melihat hasil karya-karya para editor kumpulan itu.
“Bang, berapa hari dah macam tu? macam dah tak boleh bangun je,” seloroh pengguna.
“Bakat terpendam ni bang,” komen seorang lagi.
“Ishh. Aku risau dahh satgi ada yang kena panggil ambulance ni.. Haru nak mangkit tak boleh,” tulis seorang lagi.
“Ni baru betul ketua, kAlau aku ni dah tangkap urat bontot dah,” kata seorang lagi.
Sumber: Naseh Zuhdi via Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ini