Isteri Minta Sunting Gambar Suami ‘Kumpau’ Dengan Ikan, Ini Hasilnya
Memiliki telefon pintar hari ini sudah menjadi satu kemestian kepada orang ramai.
Peranti tersebut bukan sahaja digunakan sebagai medium berkomunikasi, malah menjadi alat untuk mencari maklumat semasa dan meningkatkan produktiviti ketika waktu lapang.
Seiring dengan peredaran zaman, telefon pintar kini memiliki kemampuan seperti sebuah kamera untuk mengambil gambar dan seperti sebuah komputer untuk membuat kerja-kerja suntingan.
Jika dahulu pengguna mungkin perlu mendapatkan khidmat pakar untuk kerja-kerja di atas. Kini anda boleh mengambil gambar dan membuat suntingan berbekalkan telefon pintar di mana-mana sahaja.
Tambah pula dengan pelbagai filter dan tools yang disediakan dalam aplikasi telefon, gambar yang diambil dan disunting boleh menjadi sangat menarik ataupun menghiburkan orang ramai.
“Asal mancing mesti kumpau” isteri gurau minta edit gambar suami dapat ikan
Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Facebook Siti Hanum telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Dalam hantaran tersebut, wanita ini meminta pertolongan orang ramai untuk menyunting gambar suaminya mendapat hasil ketika memancing.
“Minta jasa baik pada semua. Tolong edit bagi suami saya dapat hasil. Saya sedih tengok dia asal mancing mesti kumpau. Terima kasih semua,” katanya dalam hantaran itu.
Warga maya ternyata tidak melepaskan peluang ‘keemasan’ untuk menonjolkan bakat suntingan masing-masing.
Minta tolong editkan gambar, sekali macam-macam yang keluar
Apa yang melucukan, penyunting-penyunting gambar alam maya ini begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur humor dalam suntingan masing-masing.
Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah bakat dan kretiviti suntingan warga maya bukan calang-calang, malah ada yang diluar kotak pemikiran.
Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk anda dibawah.
“Yang ini semua jenis jinak,” komen seorang wargamaya.
“Jangan risau kak… kali ini abang mesti tak kumpau. Macam-macam ikan dia bawa balik,” tulis seorang lagi wargamaya.
Anda boleh melihat lebih banyak hasil suntingan warga maya di grup Edit Apa Hari Ini.
BACA: Virus hMPV Bukan Penyakit Baru, 327 Sampel Positif Di Malaysia Tahun Lepas