Siakap Keli
hmpv bukan penyakit baru malaysia
Gambar: Gemini AI

Virus hMPV Bukan Penyakit Baru, 327 Sampel Positif Di Malaysia Tahun Lepas

Virus hMPV Bukan Penyakit Baru, 327 Sampel Positif Di Malaysia Tahun Lepas

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa jangkitan hMPV bukanlah satu penyakit yang baru.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh KKM menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di platform X, hari ini.

hMPV atau Human Metapneumovirus merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dalam keluarga Pneumoviridae.

Menurut KKM, di Malaysia jangkitan hMPV tidak wajib dilaporkan atau dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

hMPV bukan penyakit baru, ada 327 sampel positif dilaporkan di Malaysia tahun lepas

“Berdasarkan data daripada Makmal Kesihatan Awam dan makmal hospital KKM, 327 sampel dikesan positif hMPV pada 2024 berbanding 225 sampel positif hMPV pada 2023,” kata kenyataan itu.

Menurut KKM, jangkitan saluran pernafasan akan terus wujud dalam komuniti dan orang ramai perlu sentiasa berwaspada menghadapinya.

“Orang ramai dinasihatkan agar proaktif menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitan kepada orang lain terutamanya di kawasan yang tertutup dan sesak.

“Mereka yang mengalami gejala berpanjangan atau semakin teruk perlu segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta terdekat,” kata KKM lagi.

Fenomena yang sudah dijangka sepenuhnya

Dalam pada itu, KKM juga berkata peningkatan jangkitan saluran pernafasan akut pada hujung tahun dan awal tahun adalah fenomena yang sudah dijangka sepenuhnya.

Ia selaras dengan peningkatan jangkitan saluran pernafasan yang turut dilaporkan di negara-negara lain terutamanya yang bermusim sejuk, seperti di China.

“KKM akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan saluran pernafasan di dalam dan luar negara, meningkatkan kesiapsiagaan dan mengambil tindakan sewajarnya.”

https://x.com/KKMPutrajaya/status/1875411317131239805

BACA: Ini 5 Negara Yang Dinamakan Sempena Nama Individu

Sumber: KKM

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.