Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
5 Negara Yang Dinamakan
Kredit: AFP

Ini 5 Negara Yang Dinamakan Sempena Nama Individu

Athirah

Ini 5 Negara Yang Dinamakan Sempena Nama Individu

Setiap negara ada sejarahnya tersendiri, begitu juga adat, budaya, bangsa, agama dan keunikan masing-masing. Terdapat sebahagian besar negara menggunakan nama geografi, budaya, atau bahasa sebagai sumber inspirasi.

Namun begitu, ada juga negara yang dinamakan sempena individu penting dalam sejarahnya, yang memberi kesan besar terhadap pembentukan negara tersebut.

Individu ini mungkin merupakan tokoh politik, pejuang kebebasan, atau orang yang berperanan penting dalam pembentukan sebuah negara.

Jadi kali ini, SK ingin berkongsi kepada anda 5 buah negara yang dinamakan sempena nama tokoh-tokoh yang wujud dalam sejarah dunia.

Amerika Syarikat

Menurut portal Library of Congress, nama ‘Amerika’ berasal daripada nama Amerigo Vespucci, seorang peneroka Itali.

Beliau merupakan pelayar yang merevolusikan konsep bahawa daratan yang ditemui Christopher Columbus dalam pelayaran terkenal pada 1492 adalah benua yang terpisah.

Sebuah peta yang dihasilkan oleh Martin Waldseemuller pada 1507 kemudian menjadi peta pertama yang menamakan daratan yang ditemui oleh Columbus itu sebagai benua America.

Perkataan America itu dipercayai berasal daripada nama Amerigo yang diterjemah ke Bahasa Latin.

Arab Saudi

Menurut portal Saudi Embassy, Arab Saudi dinamakan sempena keluarga Al Saud, keluarga diraja yang memainkan peranan penting dalam sejarah Semenanjung Arab.

Negara ini diasaskan oleh Abdulaziz Ibn Saud pada tahun 1932 selepas beliau berjaya menyatukan pelbagai puak di rantau tersebut.

Walaupun Abdulaziz Ibn Saud tidak pernah mengembara ke luar dunia, namun beliau merupakan seorang negarawan yang terhormat.

Ini kerana pemimpin asing dan diplomat yang bertemu dengannya pulang dengan kekaguman terhadap integriti dan kejujurannya.

Dalam pada itu, beliau turut dikenali kerana mengabaikan protokol diplomatik demi perbincangan yang jujur, memiliki sikap berterus terang dan menepati janji.

Sifat-sifat ini meningkatkan kedudukannya sebagai pemimpin yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab, yang berdedikasi kepada keamanan dan keadilan.

Bolivia

Simón Bolívar merupakan seorang pemimpun revolusi dari Venezuela yang menjadi inspirasi kepada bagaimana negara Bolivia dinamakan.

Menurut portal World Atlas, beliau adalah seorang pemimpin tentera dan politik yang lahir di Venezuela pada tahun 1783.

Bolívar telah berkhidmat sebagai Presiden Republik Kedua Venezuela pada tahun 1813 hingga 1814.

Malah, beliau turut memainkan peranan penting dalam mendapatkan kemerdekaan dari Sepanyol untuk pelbagai negara di Amerika Selatan.

Filipina

Menurut portal Philippine Consulate General, negara ini dinamakan sempena Raja Philip II dari Sepanyol yang memerintah Empayar Sepanyol di antara tahun 1556 hingga 1598.

Difahamkan, penjelajah Sepanyol iaitu Ruy López de Villalobos menamakan kepulauan tersebut untuk menghormati Philip II yang pada waktu itu masih bergelar putera mahkota.

Columbia

Seperti Amerika Syarikat, Columbia juga terletak di benua yang ditemui oleh Columbus dalam pelayarannya pada 1492.

Columbia yang dahulu menggunakan nama Republic Nueva Granada menukar namanya kepada United States of Columbia pada 1863.

Beberapa transisi politik yang berlaku selepas itu, Columbia sekali lagi menukar namanya kepada Republik Columbia dan kekal sehingga ke hari ini.

Menurut World Atlas, Columbus menjadi inspirasi kepada penamaan banyak wilayah di benua Amerika, sama ada di Utara ataupun di Selatan.

Selain Columbia sebagai negara, nama Columbia juga boleh ditemui sebagai nama wilayah di beberapa buah negeri di Amerika Syarikat.

BACA: Seorang Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Rasuah Puspakom

Sumber: Saudi Embassy, World Atlas, Philippine Consulate General