Siakap Keli
mayat lelaki tapak pembinaan
Gambar: Bernama

Mayat Lelaki Dipercayai Warga Asing Ditemukan Di Tapak Pembinaan Di Bangsar

Mayat Lelaki Dipercayai Warga Asing Ditemukan Di Tapak Pembinaan Di Bangsar

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Mayat seorang lelaki disyaki warga asing ditemukan tertiarap di tapak pembinaan di Bangsar, di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata setakat ini identiti lelaki itu belum dapat disahkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Belum dapat dipastikan sama ada mayat berkenaan adalah lelaki warga United Kingdom (UK) yang dilaporkan hilang baru-baru ini.

“Siasatan masih diteruskan dan anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja membawa keluar mayat terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, mayat lelaki itu ditemukan di kawasan lif aras bawah di tapak pembinaan itu dan sebahagian pakaiannya sudah terlucut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga UK dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat pada 27 Mei lepas berhampiran kawasan Bangsar.

Kehilangan lelaki berusia 25 tahun itu disedari oleh keluarganya apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi malah akaun media sosialnya juga tidak aktif.

Sumber: BERNAMA

BACA: Persoalan Undang-Undang Bukan Tentang Kekebalan Peribadi Tetapi Integriti Perlembagaan – PM Anwar

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.