Pempengaruh Wanita Meninggal Dunia Secara Mengejut
Seorang pempengaruh wanita dari Taiwan yang dikenali sebagai “Guava Beauty” dilaporkan telah meninggal dunia secara mengejut pada 24 Mei lalu.
Berusia 24 tahun, mendiang popular di media sosial menerusi kandungan luar biasa yang memperlihatkan dirinya “mukbang” produk kosmetik.
Dalam salah satu video terbaru yang dikongsikan, mendiang dilihat mempromosikan pemerah pipi bertekstur seperti jeli.
Menerusi video itu, mendiang menyapu pemerah pipi ke pipi dan bibir, sebelum memotongnya dengan garpu dan memakannya.
“Kalau kamu berani cadangkan, saya berani makan,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, selepas video itu, tiada lagi kandungan baharu dimuat naik. Hanya pada 24 Mei, profilnya dikemas kini dengan pernyataan ringkas.
“Log keluar dari dunia. Memulakan perjalanan baharu. Semua kerjasama perniagaan digantung,” tulis pernyataan itu.
Tidak lama kemudian, pihak keluarga akhirnya tampil dengan kenyataan rasmi melalui akaun mendiang, mengesahkan berita pemergiannya.
Namun begitu, pemergian mengejut mendiang mencetuskan pelbagai spekulasi tentang punca sebenar kematiannya.
Ada yang percaya beliau mungkin meninggal akibat keracunan, manakala yang lain berpendapat ia mungkin disebabkan serangan jantung.
BACA: PM Mongolia Letak Jawatan Susulan Protes Terhadap Gaya Hidup Mewah Anaknya – Laporan
BACA: Gajah Serbu Kedai Serbaneka, Keluar Lepas Dapat Makan Snek
BACA: Seorang Maut Dalam Kejadian Gempa Di Turkiye
Sumber: SCMP