Siakap Keli
maut pengecas telefon
Kredit: Markus Spiske

Ibu Temui Anak Tak Sedarkan Diri Dengan Wayar “Charger” Dalam Mulut

Ibu Temui Anak Tak Sedarkan Diri Dengan Wayar “Charger” Dalam Mulut

Bayi dan kanak-kanak terkenal dengan jolokan mempunyai tangan terpantas di dunia. Malah, ramai yang bersetuju keadaan yang sunyi secara tiba-tiba di kala kanak-kanak berada di rumah menjadi petanda ada sesuatu yang tidak kena dan perlu diperiksa dengan segera.

Itulah yang berlaku dalam satu kejadian menyayat hati yang tular baru-baru ini. Di saat si ibu sibuk menyelesaikan tugasan di dapur, dia tidak menyangka detik itu bakal meragut nyawa anak kesayangannya.

Seorang pegawai perubatan, Dr Christabel Akinola berkongsi kisah duka seorang ibu yang kehilangan anak perempuannya akibat terkena renjatan elektrik pengecas telefon.

Kejadian yang dipercayai berlaku di luar negara itu bermula apabila seorang wanita membiarkan anak perempuannya menonton rancangan kegemaran di televisyen sementara wanita berkenaan mengemas dapur.

Keadaan tenang bertukar cemas apabila wanita berkenaan kembali selepas selesai mengemas dapur dan mendapati anaknya tiada di ruang tamu. Panggilan demi panggilan terbiar sepi tanpa sahutan. Bimbang akan kehilangan mengejut anaknya, wanita berkenaan mula mencari di setiap bilik. Malah, dia turut memeriksa di luar rumah tetapi segalanya hampa.

Wanita tersebut mula panik dan berulang kali mencari anaknya di segenap ruang. Ketika itu, dia ternampak anaknya tersembunyi di sebalik katil, tidak sedarkan diri. Lebih mengejutkan lagi, wanita tersebut mendapati anaknya sedang menggumam wayar pengecas telefon dengan pangkalnya masih terpasang di soket.

Apa yang lebih menyedihkan, wayar pengecas yang ada di dalam mulut anaknya mempunyai bahagian yang terdedah. Biarpun wanita berkenaan bertindak segera dengan mencabut wayar dari soket dan menghantar anaknya ke hospital, usaha tersebut tidak mendatangkan hasil. Menurut Akinola, kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Melihat kepada situasi tersebut, Akinola menitipkan beberapa panduan keselamatan buat pasangan yang mempunyai anak kecil di rumah.

“Percaya bahawa tiada apa boleh berlaku atau menganggap perkara ini tidak mungkin berlaku terhadap anda merupakan satu kesilapan paling bahaya. Saya bersimpati terhadap ibu berkenaan. Sesiapa yang mempunyai anak kecil atau sering menerima kunjungan kanak-kanak seharusnya peka dengan perkara ini

“Jika anda tidak mengecas apa-apa, cabut pengecas dari soket serta-merta. Terutamanya jika anda tinggal di negara yang mempunyai peraturan kualiti elektronik yang lemah,” titipnya.

https://www.instagram.com/p/DKcUdE8oqeZ/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Langkah pencegahan

Bagi mencegah daripada kejadian seperti ini berlaku, terdapat beberapa langkah pencegahan yang dikongsi oleh doktor berkenaan. Pertama, pastikan anda mencabut pengecas atau sambungan elektrik yang tidak digunakan.

“Jangan hanya tutup suis. Renjatan elektrik masih berisiko berlaku,” katanya.

Kedua, gunakan penutup soket bagi menghalang anak memasang peralatan yang sudah dicabut. Ketiga, Akinola berpesan agar ibu bapa tidak membiasakan menyuruh anak kecil mengambil peranti yang sedang dicas.

“Sentiasa dapatkan pengecas asli dan jika anda ternampak mana-mana bahagian yang terdedah, jangan tampal menggunakan pita. Buang serta-merta terutamanya jika anda mempunyai anak kecil,” tambahnya lagi.

Beliau turut menasihatkan agar tidak tidur dengan telefon yang sedang dicas di atas katil.

“Kesedaran ini penting bukan sahaja buat ibu bapa, malah kepada semua golongan dewasa yang menjaga dan meluangkan masa bersama anak kecil,” pesannya mengakhiri perkongsian.

Sumber: Dr Christabel Akinola

BACA: Rawat Isteri Dengan Baik, Lelaki Hadiahkan Loket Emas Kepada Jururawat

BACA: Jabatan Pertanian Tamatkan Pendaftaran Racun Perosak Berasaskan Methamidophos

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.