Rawat Isteri Dengan Baik, Lelaki Hadiahkan Loket Emas Kepada Jururawat
Bersalin sama ada secara semula jadi mahupun pembedahan merupakan proses yang dilalui oleh hampir kebanyakan wanita. Tidak hanya mengancam nyawa, proses melahirkan zuriat ini juga dipandang mulia berikutan pertarungan berpanjangan yang dihadapi oleh kaum ibu. Bermula dari proses kehamilan, bersalin, hingga tempoh selepas melahirkan.
Ketika ini, kehadiran suami yang meringankan beban isteri amat diperlukan. Begitu juga dengan mereka yang berada di sekeliling sama ada ahli keluarga, kenalan mahupun pegawai perubatan seperti doktor dan jururawat perbidanan. Tidak hanya muncul ketika saat genting, jururawat perbidanan yang sentiasa mendampingi ibu hamil hingga tamat proses kelahiran amat berperanan dalam memastikan ibu dan anak berada dalam keadaan selamat.
Bagi menghargai usaha para jururawat ini, seorang lelaki membuat keputusan untuk menghadiahkan mereka dengan sesuatu yang begitu istimewa.
Seorang pengguna TikTok, Shaniena Natasya memuat naik rakaman suaminya yang dikenali sebagai DJ menghadiahkan loket emas kepada jururawat yang merawatnya ketika wanita berkenaan bersalin. Menerusi rakaman awal, wanita berkenaan tidak mendedahkan hadiah yang diberi. Rakaman tersebut hanya menunjukkan suaminya membawa beg berlabel Southern Jewellery.
Namun begitu, isi beg tersebut didedahkan dalam rakaman seterusnya. Pembantu peribadi wanita berkenaan membuka satu persatu bekas dan menunjukkan loket emas yang menjadi hadiah pilihan lelaki berkenaan.
@shanienanatasyaaa
@shanienanatasyaaa Replying to @Amanda
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sifat murah hati lelaki tersebut dalam menghargai jasa jururawat.
“DJ rasa bersyukur sebab Nina selamat. Kan ada satu video DJ sujud syukur Nina dengan anak selamat sebab tiba-tiba nak kena czer dah. Padahal due lambat lagi. Mungkin dengan tu dia rasa nak sedekah. Tahniah korang,” ucap seorang warga maya.
“Seumur hidup la aku tengok orang bagi emas kat jururawat. MasyaAllah DJ. Semoga murah rezeki selalu nah, jaga Niena baik-baik. Aku tak boleh la, kelakar DJ ni,” kata warga maya yang lain.
“Akhlak yang patut dicontohi. Menghargai para pasukan perubatan yang membantu beliau melahirkan cahaya mata pertamanya,” puji seorang lagi.
Sumber: Shaniena Natasya
BACA: Gajah Serbu Kedai Serbaneka, Keluar Lepas Dapat Makan Snek
BACA: Wanita Fasih Mandarin Dipuji, Tolong Peniaga Durian Layan Pembeli Dari China