Siakap Keli
Calon Presiden Colombia Ditembak berkempen
Gambar: BNO News

Calon Presiden Colombia Ditembak Ketika Berkempen

Calon Presiden Colombia Ditembak Ketika Berkempen

BOGOTA — Calon Presiden Colombia, Miguel Uribe Turbay dilaporkan telah ditembak sebanyak tiga kali semasa berkempen di ibu negara itu, lapor BBC.

Difahamkan, Miguel, 39, diserang ketika sedang berucap di hadapan sekumpulan kecil orang awam di sebuah taman pada hari Sabtu.

Menurut laporan media tempatan, pihak polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di lokasi kejadian.

Menurut agensi berita AFP, pasukan paramedik mengesahkan beliau ditembak di lutut dan dua kali di kepala.

Susulan itu, Miguel telah diterbangkan ke klinik Sante Fe untuk mendapatkan rawatan.

Insiden itu turut mendapat kecaman daripada Presiden Colombia, Gustavo Petro.

Gustavo dalam kenyataannya mengecam keras serangan tersebut dan menyifatkannya sebagai tindakan keganasan bukan sahaja terhadap individu tetapi terhadap demokrasi.

Parti yang diwakili Miguel, Centro Democratico turut mengecam serangan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu ancaman terhadap nyawa pemimpin politik, serta terhadap demokrasi dan kebebasan di Colombia.

Berdasarkan video tular di media sosial memaparkan detik beliau ditembak di kepala ketika sedang berucap, menyebabkan orang ramai panik dan melarikan diri.

https://x.com/BNONews/status/1931498289209417863?t=7RdYheBASGxs0UFd734bNw&s=19&fbclid=IwY2xjawKx215leHRuA2FlbQIxMABicmlkETFtcG9jT1h3QnJwcXlwc3ZGAR7XVyBJfsmKygczL1BpmVkal0brU61C52N-mxBR1PhrO6zubOT9SNbzGCMYWg_aem_lDXOoIPWhxU8knoPOGmpEQ

Sementara itu, Isteri beliau, Maria Claudia Tarazona, menyeru seluruh rakyat Colombia agar mendoakan keselamatan suaminya.

“Miguel kini sedang bertarung nyawa. Mari kita berdoa terhadapnya termasuk doktor yang sedang merawatnya,” katanya.

Miguel sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya presiden Colombia tahun ini, pada Oktober 2024.

Sumber: BBC News

BACA: Kenyataan KPN Berhubung Dakwaan Sekatan Pergerakan Ke Atas Fahmi Reza

BACA: PM Arah PDRM Semak Larangan Ke Luar Negara Terhadap Fahmi Reza 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.