Siakap Keli
KPN sekatan pergerakan fahmi reza
Gambar: Bernama

Kenyataan KPN Berhubung Dakwaan Sekatan Pergerakan Ke Atas Fahmi Reza

Kenyataan KPN Berhubung Dakwaan Sekatan Pergerakan Ke Atas Fahmi Reza

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan sekatan pergerakan ke atas aktivis dan artis grafik, Fahmi Reza.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan itu menjelaskan bahawa tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap artis itu buat masa ini.

Walau bagaimanapun, namanya telah dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman polis berikutan siasatan kes itu masih dijalankan.

“Namun, harus ditegaskan bahawa senarai ini tidak membawa maksud kepada sekatan. Sebaliknya merupakan sebahagian daripada prosedur pemantauan yang lazim dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

“Berikutan itu, terdapat kekeliruan semasa proses semakan di pintu keluar negara pada semalam, yang telah menyebabkan arahan sekatan pergerakan dikeluarkan secara tidak tepat,” katanya.

Tambah beliau, situasi ini sedang diteliti dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemas prosedur sedia ada.

“PDRM kekal komited dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak kepada setiap rakyat Malaysia dan individu berkenaan adalah bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk negara seperti biasa, tertakluk kepada sebarang peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Imigresen dan undang-undang lain yang berkaitan,” jelasnya lagi.

https://www.facebook.com/BernamaTV/posts/pfbid02mZbV9vTZUXy8ZCLwdbKgj2V8vWcyNcJHxTv3BMHvWXXWEWS2BRDcoMwRdkSUxtgBl

Sumber: Polis via Bernama TV

BACA: Bot Terbalik: Mayat Pasangan Suami Isteri Ditemukan Pagi Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.