Siakap Keli
jemaah lagi malaysia meninggal
Gambar: Tabung Haji

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

MEKAH — Seorang lagi jemaah haji Malaysia dilapor meninggal dunia di Tanah Suci, menjadikan jumlah keseluruhan sembilan orang setakat ini bagi musim haji 1446H/2025M, lapor Astro AWANI.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar, Allahyarham Syed Baharom Syed Hussin, 72 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung setelah mendapatkan rawatan di khemah di Mina sebelum dibawa ke hospital.

Allahyarham yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu disahkan meninggal dunia pada Sabtu, 7 Jun 2025, jam 4.53 pagi di Hospital Mina Al Wadee.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah memaklumkan perkhabaran duka Allahyarham kepada waris di Malaysia dan menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga.

“TH dan saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya.

Dalam pada itu, TH turut menasihatkan para jemaah agar sentiasa menjaga kesihatan dan akan terus memantau perkembangan kesihatan semua jemaah negara.

Sehubungan itu, para jemaah juga diingatkan supaya mematuhi arahan petugas serta tidak memaksa diri dalam melaksanakan ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal seperti melontar di jamrah, terutamanya dalam cuaca panas yang ekstrem.

Sumber: Astro AWANI

BACA: Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

BACA: Gaza: Umat Islam Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Al-Kenz Yang Rosak Teruk

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.