Siakap Keli
gaza Solat Aidiladha masjid rosak
Gambar: AFP

Gaza: Umat Islam Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Al-Kenz Yang Rosak Teruk

Gaza: Umat Islam Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Al-Kenz Yang Rosak Teruk

SEMENANJUNG GAZA (Palestin), (Bernama) — Penduduk Palestin di kawasan kejiranan al-Rimal, tengah Semenanjung Gaza, berkumpul pada Jumaat untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Kenz, yang walaupun mengalami kerosakan teruk akibat serangan udara Israel, tetap menjadi tempat beribadah sempena hari raya itu.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), solat secara berjemaah di masjid itu menandakan bermulanya sambutan Aidiladha, satu daripada perayaan paling suci dalam kalendar Islam.

Masjid Al-Kenz, yang dahulunya merupakan pusat keagamaan utama di daerah al-Rimal, kini menyaksikan kesan kemusnahan yang ketara termasuk runtuhan dan serpihan bangunan.

Aidiladha yang bertepatan dengan berakhirnya ibadah haji tahunan dan secara tradisinya ditandai dengan ibadah penyembelihan haiwan seperti kambing dan biri-biri.

Tahun ini merupakan kali kedua berturut-turut penduduk Gaza tidak dapat menyambut Aidiladha sepenuhnya berikutan kempen ketenteraan berterusan Israel di wilayah yang dikepung itu.

Menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata, Israel meneruskan serangan kejam terhadap Gaza sejak Oktober 2023, mengorbankan lebih 54,600 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap pada November lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel turut berdepan kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa susulan perangnya ke atas wilayah itu.

Sumber: Bernama

BACA: Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.