Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ptptn mangsa nahas upsi
Kredit: Fahmi Fadzil

Nahas UPSI: Pinjaman PTPTN 15 Mangsa Dilupuskan – Fahmi

Azizah Najib

Nahas UPSI: Pinjaman PTPTN 15 Mangsa Dilupuskan – Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan bahawa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kesemua 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan telah dihapuskan.

“Sekiranya ada para pelajar yang menerima pinjaman PTPTN, berdasarkan dasar sedia ada, pinjaman PTPTN mereka telah dilupuskan. Tidak ada isu melibatkan pinjaman PTPTN dengan 15 orang mangsa yang dimaksudkan,” jelas beliau.

Menerusi sidang media tersebut, beliau turut memaklumkan pemberian bantuan tambahan kerajaan kepada setiap keluarga mangsa terkorban berjumlah RM10,000 manakala RM5,000 bantuan tambahan kepada keluarga mangsa yang cedera.

“Perdana Menteri juga telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti aspek dari segi insuran untuk membantu keluarga mangsa, bagi kenderaan yang dimaksudkan,” tambahnya.

Sementara itu, kerajaan Terengganu mengumumkan bakal menyalurkan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada waris mangsa terkorban.

Bernama melaporkan, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyampaikan sebahagian bantuan berjumlah RM1,000 lebih awal kepada keluarga mangsa. Manakala 33 lagi mangsa yang mengalami kecederaan turut menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada kerajaan Terengganu.

Dalam pada itu, 10 mangsa yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menerima bantuan segera berjumlah RM1,000 setiap seorang daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan bantuan berkenaan merupakan sumbangan menerusi Yayasan Kebajikan Negara melalui Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa.

Terdahulu, tragedi nahas bas yang membawa 42 orang pelajar UPSI pada awal pagi Isnin lalu di Gerik, Perak telah mengorbankan 15 pelajar. Dengan kerjasama jabatan kerajaan, pelbagai bantuan disalurkan bagi meringankan beban waris korban dan mangsa yang terselamat.

Tragedi menyayat hati ini turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 mangsa terkorban.

Sumber: Fahmi Fadzil

BACA: Terengganu Salur Bantuan One-off RM3,000 Kepada Waris Mangsa Terkorban Di Gerik

BACA: Jenis Penghadang Jalan Digunakan Di Luar Negara