Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penerima bantuan zakat
Kredit: Rahmah Saad
Tiada Kategori

Pernah Dapat Bantuan Zakat, Wanita Titip Nasihat Buat Penerima Lain

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pernah Dapat Bantuan Zakat, Wanita Titip Nasihat Buat Penerima Lain

Dalam hidup, tidak semua orang bernasib baik. Ada masa, kita di atas, ada masa kita diuji bak jatuh ditimpa tangga. Bagi sesetengah keluarga, cabaran hidup menjadi semakin berat apabila ditimpa musibah seperti sakit terlantar atau kehilangan pekerjaan.

Di saat semua jalan seolah-olah buntu, bantuan zakat hadir membawa sinar. Ia bukan sekadar wang ringgit, tetapi harapan untuk terus bertahan.

Seorang perunding penerbitan, Rahmah Saad berkongsi pengalaman hidupnya yang tidak terjangka apabila menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Ketika ditanya, wanita berkenaan memaklumkan bahawa ketika itu, hidupnya diabadikan untuk menjaga arwah suami yang mempunyai masalah kesihatan.

“Suami saya sudah meninggal dua tahun dulu, setelah dapat bantuan tu. Dia pernah menghidap penyakit strok selama 14 tahun dan terakhir satu tahun tiga bulan dia terlantar di katil kerana kesan Covid.

“Saya lambat mohon. Setelah mengalami masalah kewangan baru mohon. Itu pun ada seseorang yang hubungi LZS. Tak tahu siapa,” kongsinya.

Ikuti kisah hidup Rahmah yang tidak menjadikan kesusahan hidupnya sebagai halangan untuk terus berjuang.

Bantuan zakat hadir tanpa diduga

Saya pun dulu penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor untuk suami. Semasa dia terlantar, banyak belanja untuk membeli barang-barang seperti lampin, susu dan keperluan lain. Anggaran sebulan satu hingga dua ribu juga termasuk sewa ambulan. Untuk temu janji, hospital tak ada sedia ambulan.

Saya tidak tahu hamba Allah mana yang prihatin, beritahu LZS dan pegawainya datang menyiasat. Pegawai itu kata, mintalah apa yang diperlukan. Pegawai itu cadangkan katil untuk pesakit apabila dia melihat pesakit guna katil biasa. Dia sendiri faham betapa tidak selesanya penjaga untuk urus pesakit.

Beberapa hari kemudian, permohonan itu diluluskan. Saya boleh ambil keperluan itu di farmasi yang telah ditetapkan.

Rasa lega sangat. Nak pergi hospital, sewa saja ambulan. LZS akan bayar. Cuma kemudahan ini saya mohon lewat, hanya sempat guna beberapa bulan sahaja. Katil hospital pun dia tak sempat guna, saya yang guna sekarang.

Banyak pihak boleh dihubungi untuk mohon bantuan. Hospital ada unit kebajikan, boleh mohon. PERKESO pun ada. Semua permohonan ini ada syarat. Dalam keadaan kesempitan tidak perlu malu untuk mengaku kita susah.

Seorang sahabat saya, dia dapat motosikal kerana dia hendak mulakan kerjaya sebagai penghantar makanan. Anak-anaknya pun didaftar bawah asnaf.

Ramai juga yang mendapat bantuan ini, berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan berdikari. Alhamdulillah.

Cuma dah orang bantu, bersyukurlah. Jangan pula nak jadi besar kepala. Saya terhutang budi dengan LZS yang meringankan beban saya dua tahun lalu. Mereka menjalankan amanah mengurus duit zakat dengan cekap.

Kurniakan kepada mereka ya Allah ganjaran yang selayaknya atas khidmat bakti mereka. Rahmati usaha mereka ya Allah. Amin amin ya rabbal alamin.

Sumber: Rahmah Saad

BACA: Remaja Tekap Lapan Rakan Dengan Seterika Panas Diarah Jalani Pemulihan Di Henry Gurney

BACA: Tragedi UPSI: Setiap Keluarga Mangsa Terkorban Terima RM10,000 Daripada Kerajaan MADANI – Fahmi