Siakap Keli
Julie's Mendefinisikan Semula Acara Aktivasi Snek dengan Gelanggan Pickleball di Tengah-Tengah Pusat Menbeli-belah
(Dari kiri ke kanan) Pencipta kandungan Abang & Seonma dan Alana & Abbas dalam perlawanan persahabatan pickleball yang meriah di pameran Julie’s.

Julie’s Mendefinisikan Semula Acara Aktivasi Snek dengan Gelanggan Pickleball di Tengah-Tengah Pusat Menbeli-belah

Julie’s Mendefinisikan Semula Acara Aktivasi Snek dengan Gelanggan Pickleball di Tengah-Tengah Pusat Menbeli-belah

Kuala Lumpur, 12 Jun 2025 – Julie’s kembali lagi dengan sebuah pameran yang cukup  seronok hasil inspirasi biskut sandwic berperisa unik mereka iaitu Cili Manis dengan Krim  Keju dan Krim Masam & Bawang, yang julung kalinya dilancarkan tahun lalu. Mengikut tema  ‘Where Flavour Meets Your Game’, acara bertemakan pickleball ini menyaksikan pembinaan  sebuah gelanggang pickleball di tengah-tengah pusat beli-belah yang lengkap dengan  tempat duduk penonton. Acara ini yang berlangsung dari sekarang hingga 15 Jun bertempat  di Sunway Pyrmaid Blue Concourse, menjanjikan pengalaman penuh rasa menerusi aktiviti  seperti perlawanan pickleball, sesi bimbingan pickleball, dan peluang untuk menebus  peralatan pickleball edisi terhad dengan setiap pembelian. 

Pemandangan lebar pameran Julie’s, “Where Flavour Meets Your Game” – menampilkan gelanggang pickleball sebagai tarikan utama di Sunway Pyramid

Pameran ini dilancarkan pada 12 Jun dengan penuh tenaga bermula dengan acara Julie’s  Pickleball Face-Off yang menampilkan perlawanan persahabatan meriah antara pencipta  kandungan tempatan terkenal. Di luar gelanggang, para pencipta kandungan dan tetamu  turut dilihat seronok mengambil gambar di gerai foto interaktif yang direka bentuk menyerupai bangku dan kawasan loker pemain pickleball – satu tarikan yang disediakan untuk dinikmati oleh pengunjung sepanjang acara berlangsung. 

Pengunjung pameran ini boleh menyaksikan pelbagai aktiviti bertemakan pickleball,  termasuk perlawanan persahabatan oleh kelab pickleball tempatan dan sesi bimbingan  harian percuma untuk pemain pickleball baru. Mereka yang berminat untuk menyertai sesi  bimbingan boleh mendaftar secara “walk-in” di lokasi pameran. Bagi mereka yang berpengalaman dan ingin terus bermain pickleball, boleh menyertai sesi permainan awam  yang berlangsung setiap hari, dengan raket dan bola yang disediakan. 

Peralatan pickleball edisi terhad eksklusif di pameran Julie’s untuk ditebus dengan setiap pembelian.

“Sudah lebih setahun sejak kami melancarkan biskut sandwic Cili Manis dengan Krim Keju  dan Krim Masam & Bawang – dua perisa unik yang enggan duduk diam di rak makanan.  Kami fikir, apa kata untuk memberi peluang kepada orang ramai sekali lagi untuk merasai  perisa eksotik biskut ini melalui pengalaman yang unik dan seronok. Dari situlah tercetusnya  idea aktivasi bertemakan pickleball. Ciptaan pameran ini tidak dijangka dimana dunia  makanan dan senaman boleh bergabung, dan ia juga sedikit kompetitif – sama seperti profil perisanya. Kami menjemput orang ramai untuk sertai keseronokan acara ini dan mengalami  Julie’s secara baharu. Bagi Julie’s, kami tidak kenal perkataan biasa apabila ia melibatkan  keseronokan ataupun biskut kami.” 

Selari dengan tema pickleball, Julie’s menawarkan peralatan pickleball edisi terhad dengan  setiap pembelian biskut sepanjang pameran ini. Hadiah eksklusif ini termasuk Zing Ball, Sour  Ace Paddle, Sweet Serve Paddle, dan beg bergaya dan praktikal Game-On Court Julie’s  untuk kelengkapan permainan pickleball anda. Pembeli boleh menebus hadiah berdasarkan  jumlah pembelian mereka di acara ini dimana dua peket biskut melayakkan anda mendapat  dua Zing Balls, pembelian RM50 mendapat satu paddle, manakala RM150 memberi anda  sebuah beg Game-On Court Julie’s. Setiap pembelian juga disertakan dengan empat pek  sampel biskut rawak. Kesemua hadiah hanya tersedia di pameran ini dan boleh ditebus  bersama, sementara stok masih ada. 

(Dari kiri ke kanan) Gerai foto menampilkan pencipta kandungan dari Wabikong Bernice dan Sai yang menyeronokkan dan ceria, direka menyerupai bangku pemain dan kawasan loker.

Para pengunjung juga boleh menguji kemahiran bermain mereka melalui permainan  interaktif diinspirasikan daripada permainan hirisan popular, tetapi dengan sentuhan unik  Julie’s di mana pemain perlu menghiris biskut Julie’s. Sesi sampel percuma biskut Julie’s juga  turut disediakan untuk mereka yang ingin merasa. Biskut sandwic Krim Masam & Bawang  menampilkan rasa bawang aromatik yang dilengkapi dengan krim masam manakala biskut  sandwic Cili Manis dengan Krim Keju pula menawarkan rasa cili manis yang digandingkan  dengan tekstur krim keju yang lembut. Kedua-dua varian ini merupakan sumber protein yang  baik, rendah kolesterol dan asid lemak trans, serta diperbuat daripada bahan bukan GMO. 

Pengunjung menikmati sampel percuma biskut sandwic Cili Manis dengan Krim Keju dan Krim Masam & Bawang Julie’s.

Samada anda seorang peminat tegar sukan pickleball yang berpengalaman atau sekadar  ingin mencubanya, jangan lepaskan pameran ini! Datanglah bersama rakan-rakan dan  keluarga untuk menikmati hari yang penuh keseronokan dan kenikmatan. Untuk maklumat  terkini terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, kunjungi laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di  www.instagram.com/juliesbiscuits

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.