Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
fakhrul hari lahir abang
Kredit: Dunia Khayalan
Tiada Kategori

Momen Fakhrul Sambut Hari Lahir Abang Kali Terakhir Buat Ramai Sayu

Azizah Najib

Momen Fakhrul Sambut Hari Lahir Abang Kali Terakhir Buat Ramai Sayu

Hanya selang beberapa hari selepas mereka sekeluarga gembira bersama menyambut hari kelahiran abang, Fakhrul Arif ditakdirkan untuk pergi buat selamanya.

Kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa Fakhrul dan 41 lagi penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbalik di Gerik. Fakhrul merupakan salah seorang daripada 15 penumpang yang terkorban akibat nahas berkenaan.

Menerusi rakaman sambutan hari lahir yang dimuat naik kakak ipar arwah di akaun TikTok @dunia.impian, arwah kelihatan begitu gembira bersama ahli keluarganya.

Fakhrul dilihat memberikan kejutan kepada abangnya pada 6 Jun lalu.

“Tanpa diketahui, sambutan hari lahir ini yang terakhir kali disambut bersama adik lelakinya. Kepada adik iparku, ku doakan syurga menjadi tempat istirahatmu,” titip kakak ipar arwah.

Selain itu, wanita berkenaan turut berkongsi di ruangan komen bahawa keadaan jenazah yang begitu menyayat hati menyebabkan bapanya sukar untuk membuat pengecaman.

“Awal tu abah tak dapat nak cam muka dari gambar saja. Bila tengok baju pun abah tak dapat nak cam. Akhir sekali guna cap jari saja. Hantar ke Bukit Aman,” kongsi wanita berkenaan.

Ketika ditanya SK, wanita tersebut turut memaklumkan keadaan jenazah selepas solat jenazah selesai di Masjid Adhari.

“Keluarga lihat muka arwah sangat berseri dan senyum nipis. Saya percaya ayah mertua saya tak dapat nak terima keadaan anaknya pada awalnya.

“Arwah alhamdulillah masih sempurna secara visual,” jelasnya.

Menurutnya lagi, arwah merupakan seorang yang ceria dan disayangi ahli keluarga.

“Arwah sangat ceria. Dia jenis family oriented. Keluarga semua sayangkan dia tapi tak akan setanding dengan sayang Allah kepada hamba-Nya,” ujar wanita itu lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa buat arwah Fakhrul dan bersimpati dengan abang arwah yang kelihatan sugul di majlis pengebumian adiknya.

“Allahuakbar, moga syurga buat arwah Fakhrul,” titip seorang warga maya.

“Kosongnya pandangan seorang abang. Mesti dalam hati dia cakap betul ke adik aku dah takde?” ujar yang lain.

“Pandangan abang dia kat kubur nampak kosong sangat. Harapnya dia terus kuat,” ucap seorang warga maya lagi.

Sumber: Dunia Khayalan

BACA: UPSI Kemas Barang 15 Pelajar, Guna Lori Kontena Hantar Ke Pangkuan Keluarga

BACA: Lelaki Tinggalkan Nota Perpisahan Di Jambatan, Rupanya Sedang Santai Makan Soto