Semua Penumpang Air India Dipercayai Meninggal Dunia
Kesemua 242 penumpang pesawat Air India yang terhempas pada Khamis dipercayai telah meninggal dunia, lapor AFP.
Perkara itu dimaklumkan oleh pesuruhjaya polis bandar Ahmedabad, GS Malik kepada AFP.
“Nampaknya tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu dan memandangkan kapal terbang itu telah jatuh di kawasan kediaman dan pejabat, terdapat lebih banyak korban juga,” katanya.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai mereka yang terkorban itu tidak dinyatakan.
BACA: Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas
Terdahulu, pesawat AI171 yang dalam perjalanan ke London Gatwick dilaporkan telah terhempas sejurus sahaja berlepas dari lapangan terbang di Ahmedabad.
Pihak berkuasa penerbangan awam berkata pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu terhempas di luar perimeter lapangan terbang.
Ia merupakan kejadian kemalangan pertama yang melibatkan Boeing 787-8 Dreamliner di negara itu.
Sumber: AFP