Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
pesawat india terhempas
Kredit: ANI

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Sofea

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Sebuah pesawat Air India dilaporkan terhempas sejurus selepas berlepas dari Ahmedabad di India Barat pada Khamis.

Menurut portal berita ANI, 242 orang berada di dalam pesawat terbabit termasuk 2 juruterbang dan 10 orang kru kabin.

Menerusi video yang dimuat naik portal berita itu di laman X, dapat kelihatan bomba sedang bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

Sementara itu, Air India menerusi kenyataan di laman X mengesahkan kejadian terbabit.

“Penerbangan AI171 dari Ahmedabad ke London Gatwick terlibat dalam kemalangan hari ini, 12 Jun 2025.

“Kami sedang mengesahkan butiran mengenainya dan akan berkongsi kemas kini secepat mungkin,” kata jurucakap syarikat itu.

Pihak berkuasa penerbangan awam berkata pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu terhempas di luar perimeter lapangan terbang.

Dalam pada itu, Menteri Penerbangan, Ram Mohan Naidu Kinjarapu mengarahkan semua agensi penerbangan dan kecemasan bertindak pantas.

“Pasukan penyelamat telah digerakkan dan segala usaha sedang dilakukan untuk memastikan bantuan perubatan dan sokongan bantuan dikejarkan ke lokasi.

“Doa saya bersama semua penumpang dan keluarga mereka,” katanya.

Pusat kecemasan juga telah diaktifkan dan pasukan sokongan ditubuhkan untuk keluarga yang mencari maklumat mengenai semua mangsa.

BACA JUGA: Detik-Detik Pesawat Air India Terhempas

Ahmedabad yang merupakan bandar utama negeri Gujarat di India, adalah rumah kepada kira-kira lapan juta orang dan lapangan terbang yang sibuk itu dikelilingi oleh kawasan kediaman yang padat.

Untuk pengetahuan, India telah menghadapi beberapa siri nahas udara yang membawa maut, termasuk pada 1996 apabila dua jet bertembung di udara di New Delhi. Insiden itu telah mengorbankan hampir 350 orang.

Selain itu, sebuah jet Air India Express terhempas dan terbakar di lapangan terbang Mangalore di barat daya India pada 2010. Ia telah mengorbankan 158 daripada 166 penumpang dan anak kapal.

Beberapa dekad sebelum itu, sebuah Boeing 747 Air India yang terbang dari Montreal ke London pada Jun 1985 terhempas ke laut Ireland dengan 329 orang di dalamnya dan semua terkorban.

Sumber: ANI, AFP