Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Detik-Detik Pesawat Air India Terhempas
Industri penerbangan dikejutkan dengan kejadian pesawat Air India yang terhempas sejurus selepas berlepas dari Ahmedabad pada Khamis.
Seramai 242 orang disahkan berada di dalam pesawat terbabit, namun maklumat lanjut mengenai keadaan mereka masih belum diketahui.
Syarikat Air India juga telah mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, daripada jumlah penumpang itu, 169 adalah warga India, 53 warga Britain, 7 dari Portugal dan seorang dari Kanada.
Menjengah ke media sosial, video yang memaparkan detik-detik nahas tersebut turut tular.
Dapat dilihat pesawat terbabit terbang rendah sebelum terhempas. Kepulan api dan asap juga kelihatan dengan jelas.
Portal berita ANI menerusi laman X pula turut berkongsi suasana di lokasi kejadian. Pihak bomba dilihat sedang bertungkus lumus memadamkan api termasuk di beberapa bangunan yang terbakar akibat pesawat itu.
Butiran mengenai penduduk atau individu di kawasan bangunan itu juga masih belum diumumkan.
Pihak berkuasa penerbangan awam berkata pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu terhempas di luar perimeter lapangan terbang.
Sementara itu, pengerusi syarikat penerbangan terbabit mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.
“Saya ucapkan takziah kepada keluarga semua penumpang yang terjejas dalam peristiwa dahsyat ini.
“Pusat kecemasan telah diaktifkan dan pasukan sokongan ditubuhkan untuk keluarga yang mencari maklumat,” katanya.
Industri penerbangan India telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan ketua pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Willie Walsh, bulan lepas menggelar pertumbuhan itu sangat luar biasa.
Pertumbuhan ekonominya telah menjadikan India dan 1.4 bilion penduduknya pasaran udara keempat terbesar di dunia, melibatkan domestik dan antarabangsa. IATA juga mengunjurkan ia akan menjadi yang ketiga terbesar dalam dekad ini.
Air India menempah 100 lagi pesawat Airbus tahun lepas selepas kontrak gergasi pada 2023 untuk 470 pesawat iaitu 250 Airbus dan 220 Boeing.
Trafik penumpang udara domestik India turut mencapai kejayaan tahun lalu dengan melepasi 500,000 penumpang dalam satu hari, menurut Kementerian Penerbangan Awam India.
Sumber: Avitionbrk