Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
nahas air india
Kredit: The Economic Times

Nahas Air India: Swafoto Terakhir Lima Sekeluarga Buat Ramai Sayu

Azizah Najib

Nahas Air India: Swafoto Terakhir Lima Sekeluarga Buat Ramai Sayu

AHMEDABAD – Satu swafoto ceria yang dirakam beberapa jam sebelum berlakunya tragedi pesawat Air India terhempas meruntun hati ramai.

Dalam gambar tersebut yang kini tular di media sosial, pasangan doktor, Dr Pratik Joshi dan isterinya, Dr Komi Vyas, tersenyum bersama tiga anak mereka di dalam pesawat Air India AI-171, bersedia memulakan hidup baharu di London, lapor The Economic Times.

Namun beberapa minit kemudian, pesawat yang terhempas di kawasan perumahan Meghani Nagar, Ahmedabad itu mengorbankan lebih 240 orang di dalamnya, termasuk lima sekeluarga dari Rajasthan ini yang menjadi perhatian ramai.

Menurut laporan News18, Dr Pratik Joshi telah menetap di London sejak enam tahun lalu dan membina kerjaya serta kehidupan di sana. Isterinya, Dr Komi Vyas, yang merupakan doktor di Hospital Pacific, Udaipur, telah meletak jawatan dua hari sebelum penerbangan bagi mengikuti suaminya untuk menetap bersama di London.

Anak-anak mereka iaitu pasangan kembar lelaki, Nakul dan Pradyut, masing-masing berumur lima tahun, serta anak perempuan Miraya berusia lapan tahun dikatakan begitu teruja untuk memulakan kehidupan baharu di luar negara.

Jurucakap Hospital Pacific berkata kepada NDTV, Dr Komi baru sahaja berhenti kerja untuk menyertai suaminya di London.

Jiran dan rakan-rakan menyifatkan pasangan itu sebagai individu yang disegani bukan sahaja kerana pencapaian kerjaya, malah kerana sikap mesra dan nilai hidup mereka yang progresif.

Salah seorang kenalan rapat berkata seluruh bandar berkabung apabila kehilangan mereka.

“Mereka pasangan yang penyayang dan bercita-cita tinggi, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka,” katanya.

Detik Akhir

Menurut pakar penerbangan, pesawat AI-171 hanya berada di udara selama 32 saat sebelum ia mula menjunam secara tidak terkawal dan meletup pada jam 1.38 petang. Beberapa saksi mendakwa pesawat tersebut kelihatan mengalami kesukaran untuk naik ke altitud yang selamat. Siasatan awal mendapati enjin pesawat berkenaan mungkin gagal menghasilkan daya tujahan mencukupi.

Pesawat tersebut membawa 230 penumpang dan 12 anak kapal dalam penerbangan ke London. Bagi keluarga Joshi dan ramai yang lain, ia sepatutnya menjadi permulaan baharu. Namun, ia berakhir dengan tragedi.

Seluruh Negara Menuntut Jawapan

Insiden ini mencetuskan kesedihan di seluruh negara dan menimbulkan pelbagai persoalan mengenai keselamatan penerbangan serta kesiapsiagaan kecemasan. Namun di sebalik analisis teknikal dan kenyataan rasmi, kisah peribadi seperti keluarga Joshi-Vyas terus menyentuh hati rakyat.

Ketika siasatan masih berjalan, satu perkara kekal nyata. Sebuah keluarga yang penuh harapan, dirakam dalam satu swafoto gembira, lenyap sekelip mata dalam tragedi yang meragut begitu banyak nyawa.

Sumber: The Economic Times

BACA: Lelaki Tinggalkan Nota Perpisahan Di Jambatan, Rupanya Sedang Santai Makan Soto

BACA: Kes Yusoff Rawther: PDRM Akan Teliti Penghakiman, Sedia Tambah Baik SOP Siasatan – KPN