Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Rafizi Ramli Masuk Ke Pejabat Buat Kali Terakhir Hari Ini
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli nampaknya kekal dengan keputusan untuk berundur dari kabinet apabila beliau hadir ke pejabat untuk kali terakhir pada semalam (Khamis) dan hari ini (Jumaat) .
Menerusi kiriman di Facebook, Rafizi berkata beliau masuk ke pejabat pada hari ini untuk urusan-urusan terakhir termasuk mengemas pejabat.
Dalam kiriman yang sama, beliau juga memperkenalkan beberapa individu yang membantunya di kementerian itu selama ini.
“Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan beberapa orang yang banyak membantu saya mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.
“Mereka adalah pegawai-pegawai dasar dalam pasukan saya yang saya pujuk untuk meninggalkan kerjaya masing-masing sebelum ini dan berkhidmat di pejabat saya,” katanya.
Menurutnya, pegawai-pegawai tersebut terlibat dalam pelbagai idea ekonomi termasuk berkaitan semikonduktor, ekosistem syarikat pemula, JSSEZ, NETR, gaji progresif dan Rancangan Malaysia Ke-13.
“Mereka banyak menterjemah idea-idea saya sehingga mula boleh dilaksanakan. Kini mereka akan kembali ke bidang masing-masing.
“Terima kasih dari saya kepada Dr. Azraai Bahari Nasruddin, doktor pakar endokrinologi lulusan University of Cambridge, dengan lulusan tambahan dalam Informatics dari UCL. Ijazah Kelas Pertama. Berkhidmat lama di UK sebelum kembali ke Malaysia tahun 2014.
“Benjamin Quek, lulusan perbankan dan kewangan dari Monash University dan MSc dalam Applied and Computational Mathematics, John Hopkins University. Sebelum ini seorang pengurus dana.
“James Chai, pelajar terbaik undang-undang dari University of London dan sarjana undang-undang dari University of Oxford. Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini kerjaya undang-undang dan dalam bidang tech. Juga seorang penulis buku.
“Ismat Qayyum, lulusan PPE (Politics, Philosophy and Economy) dari London School of Economics (LSE). Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini di sektor perbankan.
“Haqimi Zamri, lulusan Politik and Hubungan Antarabangsa dari University of Nottingham. Sebelum ini mengusahakan perusahaan sosial pada usia yang muda.
“Saya banyak belajar dari mereka, mungkin lebih dari mereka belajar dari saya,” ujarnya.
Terdahulu, Rafizi mengumumkan untuk meletak jawatan dalam kabinet berkuat kuasa pada 17 Jun.
“Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri.
“Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa dari 17 Jun 2025. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025,” katanya.
Sumber: Rafizi Ramli