Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
jemaah Malaysia meninggal
Gambar: Dato' Setia Dr. Naim/FB

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Hannah

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) — Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Makkah menjadikan jumlah keseluruhan 15 orang setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Nor Azamuddin Ahmad, 56, dari kumpulan KT073 menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci Makkah pada 5.10 petang semalam waktu tempatan akibat serangan jantung.

Beliau berkata jemaah lelaki itu menetap di Bangunan Marsa Al Jariah, Maktab 81 (PJH – Mahabbateen) dan beliau ditemani isteri, Rozina Saad ketika di Tanah Suci.

“Pihak Tabung Haji telah menguruskan pengesahan kematian dan memaklumkan berita pemergian kepada waris di tanah air. Segala urusan jenazah akan diuruskan oleh petugas haji, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan atas ujian itu.

“Marilah kita semua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Amin ya Rabbal ‘alamin,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata Allahyarham yang juga Naib Ketua bahagian itu pernah memasang ‘stent’ jantung kira-kira lapan tahun lepas.

“Saya ada bercakap dengan dia semalam lebih kurang 7 malam (waktu Malaysia).

“Dia memang ada mengadu penat kerana cuaca panas dan perlu berjalan lebih enam kilometer setiap hari … namun, sudah tertulis takdir untuknya, dia pergi dalam keadaan cukup baik,” katanya kepada wartawan selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

Jelasnya, Allahyarham sepatutnya pulang ke tanah air bersama isterinya pada 2 Julai depan dan pihaknya akan berusaha untuk menguruskan supaya balu Allahyarham dapat pulang lebih awal.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini bermula dengan suasana hiba selepas mendapat perkhabaran duka itu.

Allahyarham yang mesra disapa Azam dilaporkan terjatuh ketika selesai melakukan tawaf.

BACA: Israel Cuba Seret AS Dalam Kancah Perang Dengan Iran – Putera Mahkota Saudi

BACA: 8 Terbunuh, Lebih 130 Cedera Dalam Serangan Iran Ke Atas Israel

BACA: Israel Tutup Semua Kedutaan Di Seluruh Dunia

Sumber: BERNAMA