Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
wanita jangkitan amoeba
Kredit: Image FX & AFP

Cuci Hidung Guna Air Paip Dicemari Amoeba, Wanita Meninggal Dunia

Azizah Najib

Cuci Hidung Guna Air Paip Dicemari Amoeba, Wanita Meninggal Dunia

Amerika Syarikat – Seorang wanita berusia 71 tahun dari Texas meninggal dunia akibat jangkitan otak yang jarang berlaku selepas menggunakan air paip dalam alat pengairan hidung, menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

Memetik CBS News, laporan kes yang diterbitkan CDC pada minggu lalu mengesahkan mangsa mengalami jangkitan dikenali sebagai primary amebic meningoencephalitis (PAM), iaitu jangkitan otak yang jarang berlaku tetapi sering membawa maut dan disebabkan oleh organisma Naegleria fowleri.

Wanita tersebut yang sebelum ini sihat dilaporkan mengalami demam, sakit kepala dan perubahan status mental dalam tempoh empat hari selepas menggunakan alat pengairan hidung. Lapan hari kemudian, mangsa diserang sawan dan disahkan meninggal dunia meskipun menerima rawatan perubatan bagi jangkitan disyaki PAM.

Menurut laporan kes, air yang digunakan wanita berkenaan untuk mencuci hidung berasal daripada sistem bekalan air kenderaan rekreasi (RV) di sebuah kawasan perkhemahan di Texas.

Sehubungan dengan itu, CDC menasihatkan supaya hanya menggunakan air suling, air steril atau air paip yang telah direbus dan disejukkan untuk tujuan irigasi hidung. Hal ini berikutan organisma Naegleria fowleri mudah ditemui di persekitaran air tawar suam seperti tasik, sungai dan kolam air panas.

Sebagai pengetahuan, jangkitan boleh berlaku jika air yang mengandungi amoeba masuk ke dalam hidung dan terus ke otak. CDC turut menyatakan bahawa PAM lazimnya dikaitkan dengan aktiviti rekreasi air.

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai disarankan untuk menutup hidung atau memakai klip hidung semasa melakukan aktiviti seperti menyelam atau melompat ke dalam air tawar. Alternatif lain ialah dengan memastikan kepala sentiasa berada di atas permukaan air semasa berada di kolam air panas.

Selain itu, jangkitan Naegleria fowleri juga dilaporkan boleh berlaku dalam kes yang jarang, termasuk di kolam renang atau kawasan permainan air yang tidak mempunyai kandungan klorin mencukupi.

CDC menjelaskan bahawa jangkitan ini tidak boleh berlaku melalui air tercemar yang ditelan atau melalui hubungan dengan individu lain yang dijangkiti.

Sumber: CBS NEWS

BACA: Tiga Saintis Muda Malaysia Terpilih Ke Mesyuarat Nobel Lauret Lindau Ke-74

BACA: Guna Teleskop Dari Rumah, Lelaki Berjaya Rakam Gambar “Dolphin Head Nebula”