Siakap Keli

Konsert Cinta Siti Nurhaliza Di Genting Highlands Kembali Julai Ini, Peluang Menang Tiket Secara Percuma

Penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bakal kembali menghiburkan peminat menerusi konsert terbarunya yang dijadualkan berlangsung pada Julai ini. Konsert yang menjadi sebahagian daripada siri “CINTA” ini dijangka meneruskan legasi persembahan hebat yang pernah memukau ribuan peminat tahun lalu.

Sempena konsert istimewa ini, pihak Siakap Keli dengan kerjasama Resorts World Genting sedang menjalankan peraduan giveaway tiket percuma kepada para pembaca dan pengikut setia. Ini merupakan peluang eksklusif untuk menyaksikan sendiri persembahan ikonik penyanyi nombor satu negara secara langsung.

https://www.instagram.com/p/DK1PjABBkrj/?utm_source=ig_web_copy_link

Imbas Kembali Konsert 2024: Sarat Emosi, Sarat Cinta

Tahun lalu, konsert “CINTA” oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah menyentuh hati ramai penonton. Salah satu detik paling menyentuh emosi adalah ketika puteri beliau, Siti Aafiyah, tampil membuat persembahan piano mengiringi ibunya di atas pentas. Persembahan yang penuh simbolik ini telah meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton ramai yang mengakui sukar menahan air mata.

Melalui liputan kami pada tahun 2024, jelas bahawa konsert tersebut bukan sekadar persembahan seni, tetapi sebuah perjalanan emosi yang menghubungkan cinta, kekeluargaan dan pengorbanan.

BACA DISINI

Konsert 2025: Persembahan yang Dinanti

Untuk tahun ini, konsert yang bakal berlangsung pada Julai dijangka lebih besar dan bermakna. Berdasarkan maklumat awal dan sambutan hangat yang diterima sebelum ini, penganjur menjanjikan susunan muzik yang lebih segar, konsep pentas yang lebih eksklusif serta interaksi yang lebih dekat bersama penonton.

Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars | Resorts World Genting

Bagi para peminat Siti Nurhaliza, konsert ini bukan hanya satu persembahan, ia adalah pertemuan istimewa yang diraikan dengan penuh rasa cinta dan penghargaan terhadap seni muzik tanah air.

Lebih istimewa, konsert ini bakal berlangsung di lokasi ikonik, Resorts World Genting, sebuah destinasi yang menggabungkan hiburan bertaraf dunia dengan suasana sejuk nyaman di puncak tanah tinggi. Dikenali sebagai ‘City of Entertainment’, Genting Highlands terus menjadi pilihan utama untuk persembahan besar dan eksklusif.

Jangan lupa sertai giveaway kami hari ini untuk peluang memenangi tiket percuma ke konsert ini. Kunjungi Instagram Siakap Keli dan ikuti langkah mudah yang disediakan. Siapa tahu, anda mungkin antara yang bertuah untuk menyaksikan sendiri keajaiban malam itu, diiringi hembusan kabus dan cahaya gemerlapan Genting Highlands.

Jumpa anda di sana, di malam penuh cinta dan irama.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.