Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Tiada Kategori

“Susah Untuk Saya Mengawal Perasaan…” Siti Afiyah Hadir Main Piano Iringi Persembahan Konsert “Siti Nurhaliza Cinta Di Awan”

Nur Farra

Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada Sabtu merakam memori paling hebat dan istimewa buat penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Seramai lebih 5,000 penonton hadir memenuhi pada hari pertama konsert “Siti Nurhaliza Cinta Di Awan” dan ini signifikan apabila tiket konsert ini ‘licin’dalam tempoh kurang sejam selepas kaunter pembelian dibuka.

Konsert kali ini membawakan konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan yang pastinya mempunyai kelainan tersendiri, sekaligus sebagai satu cara beliau membuktikan rasa cinta dan sayang beliau kepada para peminat.

Siti Nurhaliza Cinta Di Awan

Selain itu, istimewa konsert kali ini, Siti Nurhaliza turut menampilkan kedua anaknya mengiringi persembahan.

“Susah untuk saya mengawal perasaan saya, tapi malam ni harap-harap saya boleh kawal la ya,” akuinya agak sukar menyampaikan lagu baru bertajuk ‘Nadi’ ini kerana terlalu menyentuh perasaannya apatalah lagi melihat anak sulungnya, Siti Afiyah mengiringi lagu tersebut dengan alunan piano yang syahdu.

Siti Nurhaliza Cinta Di Awan

Menerusi konsert ini, Siti yang menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk rangkaian medley pilihan, turut mengadakan segmen khas lagu-lagu 90an yang menjadi kegemaran beliau serta para penonton, sehingga seluruh stadium Arena of Stars bergema dengan lagu-lagu yang didendangkan.

Siti Nurhaliza Cinta Di Awan

Bukan itu sahaja, konsert malam itu mengingatkan Siti kembali kepada momen manis kerana ia merupakan lokasi dimana beliau memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pertamanya yang sebelum ini sering diadakan di pusat peranginan itu.

Sementara itu, Natasha Sass dan Umai, anak saudara beliau menjadi artis jemputan yang membuat persembahan konsert berdurasi dua jam ini.

Konsert “Siti Nurhaliza Cinta Di Awan” ini ternyata mencipta kenangan terindah buat para peminat penyanyi popular ini yang rata-ratanya berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan penyanyi kesayangan ramai ini. Siti berharap, persembahannya bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi kenangan sampai bila-bila buat para peminatnya.