Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Iran Lancar Serangan Peluru Berpandu Terbaharu Ke Atas Israel

Hannah
serangan Iran ke Israel
Gambar: AFP

Iran Lancar Serangan Peluru Berpandu Terbaharu Ke Atas Israel

TV negara Iran pada Ahad mengumumkan pelancaran baharu peluru berpandu ke arah Israel, susulan tindakan sekutu rapat Tel Aviv, iaitu Amerika Syarikat (AS), yang telah mengebom beberapa lokasi nuklear Iran.

“Gambar langsung yang anda saksikan ini adalah serangan peluru berpandu terkini dari Iran yang dilancarkan ke atas wilayah-wilayah yang diduduki,” kata seorang penyampai siaran tersebut, merujuk kepada Israel.

Berdasarkan ‘sumber’, penyampai itu turut memaklumkan bahawa “sebanyak 30 peluru berpandu telah dilancarkan dari Iran ke arah Israel”, lapor AFP.

BACA: AS Gugur 6 Bom “Bunker Buster” Di Fordo, Lancar 30 Peluru Berpandu Krus Di Natanz, Isfahan – Laporan

BACA: Kenyataan Penuh Trump Susulan Serangan AS Ke Atas Iran

BACA: Trump Serang Iran Tanpa Kelulusan Kongres – Ahli Kongres AS

Sumber: AFP