Landasan LTAK Ditutup Sementara Susulan Insiden Melibatkan Pesawat TUDM
Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) telah ditutup sementara bermula jam 11.30 pagi tadi susulan satu insiden melibatkan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), lapor Malaysia Airports.
Penutupan ini dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan pesawat terbabit serta pembersihan landasan dijalankan dengan selamat.
Sehubungan itu, satu Notis kepada Anak Kapal (NOTAM) telah dikeluarkan bagi memaklumkan semua pihak berkaitan mengenai penutupan sementara tersebut.
Pihak berkuasa menjangkakan landasan akan terus ditutup sehingga jam 3.00 petang hari ini, tertakluk kepada keadaan semasa. Sepanjang tempoh ini, semua operasi penerbangan di LTAK akan terjejas.
Para penumpang dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status penerbangan mereka.
Dalam pada itu, pihak LTAK akan mengeluarkan makluman lanjut sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
https://x.com/MY_Airports/status/1937016138476720156?t=g0D2-kXd3eSJS4PcJWL_Hw&s=19&fbclid=IwY2xjawLFxflleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFWMHp0WERXZUJqRmV0SWR2AR43jiVnbcWSGzA-MO_OJBrj3YWxkn9wfLE3_Fuz3WGp4N8U2IzMCXwnGprkVQ_aem_5Mrvvkdk97iKZxzdc5W9Nw
BACA: Lima Kilang Di Simpang Pulai Musnah Terbakar
Sumber: Malaysia Airports