Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Saintis Temui Jenis Darah Baharu
Seorang wanita dari Guadeloupe, sebuah pulau di Caribbean yang merupakan wilayah jajahan Perancis, telah dikenal pasti sebagai satu-satunya individu yang diketahui mempunyai jenis darah baharu yang dinamakan sebagai “Gwada negatif”, menurut pengumuman agensi bekalan darah Perancis.
Pengumuman tersebut dibuat 15 tahun selepas penyelidik menerima sampel darah daripada seorang pesakit yang menjalani ujian rutin sebelum pembedahan, menurut Etablissement Français du Sang (EFS) pada hari Jumaat.
“EFS baru sahaja menemui sistem kumpulan darah ke-48 di dunia. Penemuan ini telah diiktiraf secara rasmi pada awal Jun lalu di Milan oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (ISBT),” kata agensi itu dalam satu kenyataan di rangkaian sosial LinkedIn.
Sebelum ini, pertubuhan saintifik tersebut hanya mengiktiraf 47 sistem kumpulan darah.
Namun, pada waktu itu, kekurangan sumber menyebabkan penyelidikan lanjut tidak dapat dijalankan.
Akhirnya pada tahun 2019, saintis berjaya menyelesaikan misteri tersebut menerusi teknologi “penjujukan DNA berkelajuan tinggi” yang mendedahkan satu mutasi genetik, jelas Peyrard.
Wanita tersebut, yang ketika itu berusia 54 tahun dan menetap di Paris, menjalani ujian rutin sebelum pembedahan apabila antibodi yang tidak dikenali itu dikesan, kata Peyrard.
“Dia adalah satu-satunya individu di dunia yang serasi dengan dirinya sendiri,” tambahnya.
Nama “Gwada negatif”, yang merujuk kepada asal-usul wanita tersebut dan “sedap disebut dalam semua bahasa”, turut mendapat sambutan dalam kalangan pakar, jelas Peyrard.
Sistem kumpulan darah ABO pertama kali ditemui pada awal abad ke-20.
Penemuan kumpulan darah baharu telah menjadi semakin pantas dalam beberapa tahun kebelakangan ini hasil kemajuan teknologi penjujukan DNA.
Peyrard dan rakan-rakannya kini berharap dapat menemui individu lain yang mempunyai kumpulan darah yang sama.
“Penemuan kumpulan darah baharu bermakna kami dapat memberikan rawatan yang lebih baik kepada pesakit dengan jenis darah yang jarang ditemui,” menurut EFS.
BACA: ‘Bantu’ Pemandu Lain, Tindakan Abang Lori Raih Pujian Ramai
Sumber: AFP